ARKIB : 24/08/2007
Oeh: AMRAN MULUP
PETALING JAYA Samransak Kram
dijangka mengisi tempat penyerang Safee Sali yang digantung satu perlawanan
selepas menerima kad merah sewaktu skuad Malaysia tewas 1-2 kepada Myanmar pada
saingan Kumpulan A, Pesta Bola Merdeka di Stadium MBPJ, kelmarin.
Pengalaman Samransak bermain
dengan skuad senior menjadi kriteria buat jurulatih B. Sathianathan mengisi
kekosongan itu walaupun pada masa yang sama beliau mempunyai pilihan untuk
menurunkan Norshahrul Idlan Talaha.
Kelibat dan pengalaman milik
Samransak ditagih oleh Sathianathan menjelang pertemuan penting dengan wakil
dari Afrika, Lesotho dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam esok
yang akan menentukan peluang Malaysia mara ke separuh akhir.
Malaysia memerlukan kemenangan
ke atas Lesotho untuk meloloskan diri ke separuh akhir dan jika kalah kita akan
tersingkir untuk mengiringi Myanmar yang dijangka mudah menewaskan Laos dalam
perlawanan terakhir nanti.
Samransak akan menggantikan
tempat Safee tetapi saya masih ada pilihan iaitu Norshahrul Idlan. Antara
mereka berdua memang Samransak jauh lebih berpengalaman dan pertemuan dengan
Lesotho amat penting.
Kehadiran dia dijangka dapat
mengukuhkan jentera serangan untuk mencari gol dan memastikan kita menang dan
layak ke separuh akhir, ujarnya ketika ditemui selepas menjalani latihan di
Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, petang semalam.
Safee dilayangkan kad merah
oleh pengadil Chaiya Alee Mahapab dari Thailand selepas 40 saat beraksi kerana
dikatakan bertindak balas menyiku pemain Myanmar, Zaw Lynn Tun.
Kekurangan seorang pemain
menyaksikan skuad kebangsaan bermain dengan 10 pemain sepanjang 89 minit babak
berlangsung mencatatkan jentera serangan dan akhirnya Malaysia tunduk 2-1
kepada penyandang juara itu.
Kekalahan itu sekadar
mengundang laluan berliku buat skuad kebangsaan dan perlu menewaskan Lesotho
yang mencerahkan laluan selepas menewaskan Laos 3-1 buat skuad bimbingan
Sathianathan mara ke separuh akhir.
Kekalahan kepada Myanmar
tidak menjejaskan perancangan saya dan menutup peluang kita. Memang saya akui
tugas berat buat pemain berdepan Lesotho yang sudah menunjukkan kekuatan mereka
ketika menang ke atas Laos.
Memang agak mengecewakan
beraksi dengan 10 pemain sepanjang 89 minit babak berlangsung tetapi kita mampu
memberikan saingan tetapi akur dengan kekalahan 1-2 kepada Myanmar.
Apa yang saya lihat, semangat
juang pemain tidak luntur menentang pasukan yang bermain dengan 11 pemain. Kita
ada tidak kurang 12 percubaan ke pintu gol Myanmar tetapi segalanya tidak
menjadi.
Jika prestasi ini dapat
dikekalkan, saya yakin peluang kita untuk menewaskan Lesotho adalah cerah. Saya
sudah ingatkan kepada pemain tidak memandang ringan berdepan lawan, ujarnya
lagi.
Buat Sathianathan beliau akan
menurunkan kesebelasan yang sama ketika tewas kepada Myanmar melainkan
pertukaran memasukkan Samransak menggantikan tempat Safee.
Ujarnya, tempoh rehat dua hari
menjelang pertemuan dengan Lesotho malam esok akan memberi peluang kepadanya
untuk mengatur strategi paling mantap berdepan lawan nanti.
Menurut beliau, pemain perlu
mengekalkan corak permainan seperti mana berdepan Myanmar dan jika itu terjadi
peluang untuk menewaskan Lesotho adalah cerah.
Saya menjangkakan saingan
paling getir dengan Lesotho, kali pertama mereka tewas 1-0 kepada Myanmar corak
permainan adalah lain ketika menewaskan Laos 3-1, corak mereka semakin
menyakinkan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4vPS5KaRs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan