ARKIB : 19/07/2007
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
KUALA LUMPUR Norizan Bakar
semalam mengumumkan bahawa dia diarahkan melepaskan jawatan sebagai ketua
jurulatih skuad negara sebelum perlawanan terakhir Malaysia menentang Iran
dalam Kumpulan C pusingan akhir bola sepak Piala Asia.
Katanya, arahan tersebut
datangnya daripada Timbalan Presiden dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dan pengurus pasukan negara, Datuk Anifah Aman yang menyebut,
tugasnya berakhir sebaik sahaja kempen Malaysia ditutup dengan kekalahan 2-0
kepada Iran itu.
Arahan itu disampaikan kepada
saya sebelum perlawanan dengan Iran dan selepas menentang Uzbekistan. Keputusan
sudah dibuat untuk saya dan bukannya saya yang membuat keputusan itu. Saya
menerimanya jika ia yang berlaku dengan cara sebegitu.
Ini sebahagian lumrah dalam
bola sepak yang banyak berkaitan tentang keputusan perlawanan. Kadangkala anda
tidak mengambil keputusan tetapi pihak lain yang memutuskannya untuk anda,
katanya yang masih memiliki kontrak melatih skuad negara dengan FAM sehingga
September depan.
Norizan yang memulakan tugas
menerajui skuad kebangsaan dengan menentang New Zealand pada 19 Februari 2006,
berkata, saya sudah melakukan yang terbaik dan saya yakin pemain di bawah
bimbingan saya turut melakukan sedemikian.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4uXBYdtqr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan