ARKIB : 08/10/2007
KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak
kebangsaan meraih kemenangan pertama apabila menewaskan Perth SC 1-0 dalam
perlawanan persahabatan di Stadium Dorrean Gardens, semalam.
Gol tunggal jaringan Mohd.
Safee Sali pada minit ke-51 kembali menceriakan kem skuad kebangsaan selepas
dua pertemuan tewas 3-1 dalam perlawanan pertama kepada Perth SC dan seri 0-0
bertemu Ashfield FC sebelum itu.
Jaringan kemenangan milik skuad
kebangsaan hadir di minit ke-51 hasil daripada sepakan percuma Azi Shahril
tepat ke arah Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak.
Zaquan terus membuat umpanan
kepada Mohd. Safee yang terus menolak masuk untuk gol kemenangan skuad
kebangsaan.
Buat jurulatih B. Sathianathan
bukan soal kemenangan menjadi sasaran tetapi sebaliknya corak permainan yang
menyakinkan dipamerkan oleh anak didiknya.
‘‘Corak permainan pemain tampak
lebih bagus dan kemenangan 1-0 jaringan Mohd. Safee adalah bonus buat pemain.
‘‘Keseluruhannya saya nampak
keyakinan, persefahaman dan komitmen pemain cukup ampuh,’’ ujarnya semalam.
Lebih menceriakan Sathianathan
apabila melihat benteng pertahanan yang dibarisi oleh Mohd. Daudsu Jamaluddin,
Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak, Norhafiz Zamani Misbah dan Sumardi Hajalan
berjaya menyekat jentera serangan lawan.
‘‘Penyerang Perth SC sekadar
memperoleh dua peluang terbaik di depan pintu gol kita tetapi berjaya
diselamatkan oleh Syed Adney Syed Hussein,’’ ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4vgpUgPfY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan