ARKIB : 19/10/2007
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
PETALING JAYA Jurulatih
negara, B. Sathianathan membuat kejutan dengan mengetepikan dua tonggak juara
Pestabola Merdeka, Nor Farhan Muhammad dan Samransak Kram daripada skuad 22
pemain menentang Bahrain dalam pusingan pertama bola sepak Kelayakan Piala
Dunia di Manama, Ahad ini.
Turut diketepikan bersama sayap
kanan dan penyerang itu kerana ialah bekas ketua pasukan Kelayakan Olimpik, S.
Subramaniam manakala tiga penjaga gol, Syed Adney Hussein, Nasril Nourdin dan
Farizal Marlias dipertaruhkan bagi perlawanan pertama kelayakan.
Sathianathan berkata, Farhan
dan Samransak masih tercedera lutut dan groin tetapi mungkin boleh disenaraikan
semula dalam perlawanan kedua di Shah Alam (28 Oktober ini). Tiga penjaga gol
ke Manama ialah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecederaan atau
diserang penyakit.
Saya tidak bimbang dengan cuma
memiliki dua penyerang, Safee Sali dan Zaquan Adha Radzak kerana ada beberapa
pemain tengah menyerang seperti Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan
Talaha, Amirulhadi Zainal dan Khyril Muhymeen Zambri, katanya pada sidang
akhbar di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam.
Menurutnya, Bahrain diakui
memiliki kelebihan ranking dan pengalaman serta reputasi selaku antara 10
pasukan handalan Asia tetapi skuad negara mahu turun ke Stadium Kebangsaan
dengan sikap dan fikiran positif tanpa memilih strategi selamat yang terlalu
bertahan.
Saya difahamkan ramai pemain
Bahrain merupakan mereka yang telah bergandingan sejak tujuh atau lapan tahun
lalu sekali gus lebih berpengalaman. Mereka juga memiliki beberapa pemain
kelahiran asing dan menyerlah dalam persahabatan dengan Singapura dan Libya,
baru-baru ini.
Kami akan bermain dengan
kekuatan kami dan mengatasi kelemahan yang masih ada malah tetap mahu memburu
keputusan yang menguntungkan sama ada menang, seri, kalah 1-0 tetapi lebih baik
jika kami dapat menjaringkan gol di tempat lawan.
Yang penting ialah keyakinan
diri pasukan negara bahawa mereka juga sebagus Bahrain, mampu menandingi lawan
dan bermain sehingga 150 peratus, katanya yang mengumumkan Norhafiz Zamani
Misbah sebagai ketua pasukan selepas kehilangan Shukor Adan kerana kecederaan
sejak Ogos lalu.
Hanya tiga pemain senior
sekarang - Norhafiz, K. Nanthakumar dan Indra yang pernah bermain pada
pertemuan terakhir Malaysia dengan Bahrain dalam Kelayakan Piala Asia 2003
apabila kita seri 2-2 di Kuala Lumpur (jaringan Norhafiz dan Shukor) sebelum
menyerah 3-1 (Indra) di Manama.
Mengenai penyertaan ramai
petugas sokongan selain penolong jurulatih Mohamad Zaki Shaikh Ahmad dan P.
Mohana Sundram ke Manama seperti pakar pemakanan, penganalisis sukan dan
psikologis, kata Sathianathan, ia dibuat atas permintaan saya dan berdasarkan
pengalaman kerana setiap kejayaan ialah hasil usaha sepasukan, bukan saya
sendirian.
Sementara itu, Setiausaha Agung
FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan, tiada lagi pemain negara terutamanya
dalam skuad Bawah 23 Tahun ke Sukan SEA Korat yang akan dilepaskan ke negeri
dan kelab mereka semula apabila Liga Malaysia musim 2007-2008 bermula
pertengahan bulan depan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4vjgY5cf8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan