ARKIB : 20/08/2007
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
SHAH ALAM Jurulatih skuad
Bawah 23 Tahun Malaysia, B. Sathianathan mengingatkan anak- buahnya supaya
tidak sesekali memperkecilkan kemampuan mana-mana lawan termasuk Laos yang akan
menjadi lawan pertama negara pada Pesta Bola Merdeka ke-39 bermula hari ini.
Katanya, perlawanan pertama
seperti menentang Laos dalam Kumpulan A di Stadium Petaling Jaya ini sentiasa
sukar bagi sesiapa pun apatah lagi selepas skuad bola sepak negara dikecam
hebat kerana dibelasah teruk dalam Piala Asia, bulan lalu.
Kami mengakui tekanan
daripada peminat memang hebat terutama selepas keputusan pada Piala Asia lalu
dan kami menganggapnya dan menghadapinya sebagai satu cabaran sambil tidak akan
memperkecilkan mana-mana lawan dalam Pesta Bola termasuk Myanmar dan Lesotho.
Myanmar merupakan juara tahun
lalu dan Lesotho khabarnya memiliki beberapa pemain yang berpengalaman Liga
Afrika Selatan selain mencatat keputusan baik dalam Kelayakan Piala Negara-negara
Afrika, katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini, semalam.
Sathianathan turut mendedahkan
permintaannya supaya pasukannya dibenarkan bermain sehari kemudian (esok)
ditolak jawatankuasa penganjur memandangkan mereka baru kembali ke tanah air
selepas siri persahabatan di Slovakia, kelmarin.
Pemain masih penat dan tiada
rehat tetapi saya tidak mahu menjadikannya alasan apabila menentang Laos kerana
saya yakin mereka masih mampu memberikan yang terbaik, katanya merujuk
keputusan dua kekalahan, satu seri dan menang sekali dengan empat kelab
Slovakia itu.
Skuad Bawah 23 Tahun ini turut
menyenaraikan tiga lagi pemain daripada skuad Piala Asia iaitu Shukor Adan yang
dilantik sebagai ketua pasukan; Norhafiz Zamani Misbah dan V. Thirumurugan
selain tiga yang dipanggil ketika ke Slovakia, Safee Sali, Nor Farhan Muhammad
dan Aidil Zafuan Radzak.
Mereka dipanggil kerana kami
kehilangan ramai tonggak pertahanan dan tengah seperti S. Subramaniam, Bunyamin
Omar dan Safiq Rahim serta Sabre Mat Abu masing-masing akibat kecederaan ketika
Piala Malaysia, Piala Juara-Juara Belia (CYC) dan masalah peribadi, katanya.
Penolong pengurus pasukan Laos,
Oudom Sengsirivanh berkata, mereka menyenaraikan tujuh atau lapan pemain senior
ke kejohanan ini manakala selebihnya dibarisi ramai pemain skuad Bawah 20 Tahun
pada Kejohanan AFF di Kota Ho Chi Minh, baru-baru ini.
Pesta Bola ialah sebahagian
persediaan pasukan belia (bawah 23 tahun) kami ke Sukan SEA Korat (Disember
ini) memandangkan ada beberapa pemain senior kami yang berpangkalan dan masih
bermain dengan kelab di Hanoi, Vietnam, katanya yang ditemani jurulatih,
Khamsay Chanthavong.
Sementara itu, jawatankuasa
penganjur bersetuju mengawalkan kesemua perlawanan kedua ke pukul 8.45 malam
dari 9 malam seperti yang dijadualkan pada mulanya manakala perlawanan pertama
kekal 6.30 petang atas permintaan wakil media massa.
Pengerusi jawatankuasa itu,
Datuk Che Mat Jusoh berkata, dua pasukan bagi perlawanan kedua akan diarahkan
membuat sesi pemanas badan sama ada dalam kawasan stadium atau luar padang
kira-kira 25 minit sebelumnya seperti dikehendaki peraturan antarabangsa.
Harga tiket kesemua perlawanan
peringkat kumpulan ialah RM15 untuk semua kawasan tempat duduk manakala RM20
bagi kedua- dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.
SKUAD MALAYSIA
Syed Adney Syed Hussein, Nasril
Nourdin, Nor Farhan Muhammad, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen Zambri,
Norhafiz Zamani Misbah, Daudsu Jamaluddin, Safee Sali, V. Thirumurugan, Shukor
Adan, Azi Shahril Azmi, Samransak Kram, Aidil Zafuan Radzak, Syamsol Sabtu,
Zaquan Adha Radzak, Amirulhadi Zainal, Sumardi Hajalan, Shahurein Abu Samah.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4vOprw2UM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan