Kad merah Safiq Rahim antara
faktor Malaysia tewas
JORGE TARRES menanduk masuk
jaringan pertama Hong Kong ketika menentang Malaysia dalam aksi kelayakan Piala
Asia 2019 di Stadium Hong Kong, semalam. REUTERS
Sufian Hadi Sojak
11 Oktober 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 10 Okt. -
Ketiadaan kapten Safiq Rahim yang dibuang padang pada babak pertama nyata
memberi kesan mendalam terhadap barisan Harimau Malaya, menyaksikan mereka
tumpas 0-2 kepada Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium
Hong Kong, hari ini.
Keputusan itu menipiskan
peluang Malaysia melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab
Bersatu (UAE) pada 5 Januari hingga 1 Februari.
Terdahulu, skuad kebangsaan
yang menghuni tangga ke-166 dunia beraksi dengan baik, sebelum bintang tengah
Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilayangkan kad merah gara-gara dilihat pengadil
memijak pertahanan Hong Kong, Dani Cancela pada minit ke-39.
Dari saat itu, Harimau Malaya
yang mulai tempang dikejutkan jaringan penyerang skuad Dragons, Jorge Tarres
menerusi tandukan seminit sebelum wisel waktu rehat dibunyikan.
Tuan rumah yang menduduki
tangga ke-147 dunia melebarkan jurang gol menerusi penyerang Jaimes McKee pada
minit ke-49, untuk melengkapkan kemenangan 2-0 ke atas Malaysia.
Malaysia mengutip kad merah
ketiga dalam tempoh 35 hari setelah dua tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Radzak
dan Rizal Ghazali dibuang padang ketika berdepan Hong Kong di Stadium Hang
Jebat, Melaka yang berkesudahan 1-1 pada 5 September lalu.
Malaysia kempunan mencatat kemenangan
pada dalam Kumpulan B termasuk tewas kepada Lebanon di Larkin, 13 Jun lalu.
Malaysia masih mengekalkan
statusnya sebagai pasukan tercorot dalam kumpulan itu apabila sekadar mengumpul
satu mata.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-pilih-jalan-sukar-1.536352#ixzz4vC1RDd3h
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan