Selasa, 17 Oktober 2017

Malaysia kekal di tangga kedua Kelayakan Bawah 19 Asia

ARKIB : 10/11/2007

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal di tangga kedua Kumpulan F Kelayakan Bawah 19 Tahun Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) biarpun kalah tipis 1-0 kepada China di Stadium Pusat Sukan Liuzhou, kelmarin.

Tiga mata dan kemenangan 4-0 ke atas Macau dalam perlawanan pertama, Selasa lalu, meletakkan skuad bimbingan K. Rajagopal ini mengatasi Korea Utara dengan kelebihan satu perlawanan selain Singapura dan Macau.

Terdahulu China membelasah Singapura 7-1 sementara Korea Utara turut memungut tiga mata selepas menewaskan Singapura 3-1.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 5,000 penonton kelmarin di bawah cuaca dingin bersuhu 12 darjah, Malaysia dihampakan dengan jaringan tunggal benteng tuan rumah, Yu Yang pada minit ke-12.

Skuad remaja negara membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Yusaini Hafiz Chee Saad, Mahalli Jasuli dan Bashahrul Abu Bakar untuk menggantikan Syazwan Zainon, V. Kavichelvan dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin tetapi gagal membuahkan hasil untuk mengikat lawan.

Selasa lalu, Malaysia memperoleh gol ke atas Macau menerusi penyerang berbakatnya, Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-21 dan 39, Syazwan (47) dan A. Thamil Arasu (90).

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4vowDrd3l
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan