Khamis, 5 Oktober 2017 |
11:44pm
PEMAIN Malaysia B-22, Adam Nor
Azlin sedia berganding dengan Shahrom atau sesiapa saja di pertahanan tengah. -
Foto Osman Adnan
Kelayakan AFC 2019: Adam sedia
pertahan benteng
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kongsi artikel
PETALING JAYA: Tonggak
pertahanan Selangor, Adam Nor Azlin bersedia menggalas tanggungjawab besar jika
dipilih untuk digandingkan bersama Shahrom Abdul Kalam dalam aksi penting
Kelayakan Kejohanan AFC 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong, Selasa ini.
Adam, 21, disenaraikan
pengendali negara, Nelo Vingada bagi menggantikan pertahanan tengah Johor Darul
Ta'zim (Johor DT), Aidil Zafuan Abdul Razak yang digantung ekoran menerima dua
kad kuning ketika menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat, 5 September lalu.
"Jika diturunkan, saya
bersedia berganding dengan Shahrom atau sesiapa saja di pertahanan tengah.
"Memang ini pengalaman
pertama saya dapat beraksi bersama skuad senior jika diturunkan nanti, pastinya
saya cukup teruja untuk bermain.
"Pengalaman di skuad B-22
tak sama dengan pasukan senior kerana tahap kompetatifnya jauh lebih mencabar.
Dengar pula mereka (Honh Kong) membariskan ramai pemain naturalisasi, sudah
tentu saya perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal.
"Begitupun, sama ada saya
atau pemain lain yang diturunkan tidak menjadi masalah kerana tugas dan misi
adalah sama iaitu tidak mahu gawang dibolosi," katanya ketika ditemui
semasa sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di
sini, hari ini.
Adam yang beraksi cemerlang
ketika bersama skuad bawah 22 tahun negara (B-22) berjaya meraih pingat perak
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu.
Selain itu, pemain kelahiran
Klang, Selangor itu turut membantu pasukan B-22 kendalian Datuk Ong Kim Swee
layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China, tahun depan.
Bagaimanapun, Adam mengakui
bukan mudah untuknya bersaing merebut posisi utama dengan kehadiran pemain
pertahanan berpengalaman yang juga ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari.
"Dipanggil untuk menyertai
latihan skuad kebangsaan pun satu pengalaman yang baik, dan saya akan cuba
untuk merebut tempat dengan pemain lebih berpengalaman," katanya.
SUMBERSyamer buru kesebelasan
terbaik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan