Jumaat, 13 Oktober 2017

Skuad B20 naib juara AFF



ARKIB : 10/08/2007

KUALA LUMPUR – Jaringan tunggal Vietnam dalam babak pertama menghancurkan harapan Malaysia untuk bergelar juara Kejohanan Belia Bawah 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Ho Chi Minh, semalam.

Hanya nasib dan sokongan padu penonton tuan rumah menafikan hajat skuad bimbingan K. Rajagopal yang keluar selaku naib juara biarpun menguasai perlawanan di Kompleks Sukan Thanh Long itu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Redzuan Sheikh Ahmad ketika bercakap kepada Utusan Malaysia berkata, skuad negara mempamerkan persembahan bertenaga menerusi banyak percubaan berbahaya ke gawang lawan.

‘‘Sekalipun kalah, kemaraan ke perlawanan akhir dengan mengejutkan Thailand pada separuh akhir sudah dikira satu pencapaian membanggakan,” katanya.

Malaysia mengejutkan Thailand 2-1, Selasa lalu sebelum melepasi Kumpulan A sebagai naib juara dengan tewas kepada Myanmar 1-2 tetapi menundukkan Singapura 3-0 dan membelasah Laos 7-3.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4vNli2mjS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan