Selasa, 3 Oktober 2017

Terlalu banyak kesilapan pemain – Norizan Bakar



ARKIB : 15/07/2007

KUALA LUMPUR - ‘‘Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik.” Itulah jawapan ringkas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar mengulas kekalahan teruk 5-0 kepada Uzbekistan dalam perlawanan kedua Kumpulan C, bola sepak Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Alasan yang sama diluahkan oleh Norizan sewaktu Malaysia turut dibelasah oleh China 5-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Selasa lepas, melihat skuad kebangsaan selaku tuan rumah tersingkir awal daripada memburu tempat ke suku akhir.

Buat Norizan, segala usaha yang dijalankan dengan rombakan kesebelasan utama ekoran aib dimalukan oleh China nyata tidak menepati ramalan.

‘‘Gol awal itu benar-benar mengejutkan walaupun saya telah mengingatkan pemain agar berwaspada tetapi segalanya tidak menjadi. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan pemain.

‘‘Saya mengubah kesebelasan utama selepas tewas 1-5 kepada China dan juga mengubah strategi tetapi apapun tidak menjadi, kami tewas kepada pasukan yang lebih baik,'' ujar Norizan lagi.

Kekalahan kedua buat skuad kebangsaan meranapkan peluang Malaysia untuk mencuri salah satu daripada dua tempat ke suku akhir.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4uRzXvn6B
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan