ARKIB : 19/11/2007
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
KUALA LUMPUR Jurulatih skuad
bola sepak Bawah 23 Tahun Malaysia, B. Sathianathan akan mencari sebuah pasukan
liga tempatan sebagai pengganti skuad Olimpik Bostwana yang membatalkan
perlawanan persahabatan, Rabu ini.
Katanya, lawan baru masih perlu
dicari sekalipun bukan dari luar negara lagi kerana anak buahnya kini berada
dalam fasa terakhir persediaan ke Sukan SEA Korat, bulan depan selain bertujuan
menguji dan mendapatkan kesebelasan utama pasukan.
Saya akan berbincang dengan
penolong saya dan jurulatih pasukan Liga Super atau Perdana. Tanpa perlawanan
persahabatan, sukar untuk menilai prestasi pasukan negara, katanya yang baru
kembali dari Hanoi, malam tadi.
Sathianathan kini cuma memiliki
skuad Sukan SEA Indonesia untuk menguji anak buahnya di Stadium Petaling Jaya
pada 26 November ini selepas Yemen turut membatalkan perlawanan persahabatan
pada Rabu lalu.
Malaysia, pemenang pingat
gangsa Sukan SEA Filipina 2005 diundi dalam Kumpulan B di Korat dengan naib juara,
Vietnam, Singapura dan Laos manakala juara bertahan, Thailand, Indonesia,
Myanmar dan Kemboja membentuk Kumpulan A.
Kelmarin, anak buah
Sathianathan kalah 1-0 kepada skuad kebangsaan Maldives selain sempat mengikat
skuad Bawah 23 Tahun Thailand 1-1 di Bangkok pada 11 November lalu hasil
jaringan penyamaan Safee Sali.
Dia yang baru kembali dari
Hanoi bagi meninjau aksi Vietnam menentang Jepun lebih dekat dalam Kelayakan
Olimpik, tetap menyifatkan lawan Kumpulan B Sukan SEA itu sebagai berbahaya
biarpun kalah teruk 4-0 di Stadium My Dinh, kelmarin.
Keputusan itu tidak
menggambarkan kemampuan Vietnam apatah lagi Jepun yang pernah kita tentang
dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik tahun ini (kalah 2-1 di Petaling Jaya)
memang sebuah pasukan yang lebih handal.
Saya perhatikan Vietnam
memiliki beberapa pemain handal dan berpengalaman beraklsi dalam Sukan SEA lalu
dan Piala Asia, Julai lalu yang wajar diawasi apabila kita menentang mereka di
Korat, 1 Disember ini.
Mereka banyak menggunakan
kepantasan. Cuma dengan Jepun dalam aksi Kumpulan C itu, mereka tidak mampu
memberi tekanan kepada lawan mungkin kerana jurang taraf Asia Tenggara yang
jauh berbeza, katanya.
Sementara itu, Sathianathan
mengesahkan bek tengah negara, Aidil Zafuan Radzak selesai menjalani
penggantungan satu perlawanan dengan Maldives, kelmarin akibat kad merah ketika
Kelayakan Piala Dunia menentang Bahrain pada 28 Oktober lalu.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4vpUL2v4p
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan