ARKIB : 22/08/2007
KUALA LUMPUR Malaysia membuka
kempen Kejohanan Bawah 17 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dengan
berpesta gol apabila membelasah Brunei 7-0 di Stadium Olimpik Kebangsaan, Phnom
Penh, Kemboja, semalam.
Skuad remaja bimbingan
Aminuddin Hussin ini melonjak ke tempat kedua Kumpulan A di belakang Indonesia
yang mengumpul empat mata selepas dua perlawanan termasuk diikat tanpa jaringan
oleh tuan rumah.
Sepanjang babak pertama,
Malaysia bagaimanapun cuma mampu beroleh satu gol menerusi Mohd. Hakim Zainal
yang menanduk umpanan lintang D. Saarvindran pada minit ke-23.
Enam lagi jaringan dilakukan
oleh Saarvindran (minit ke-52), Saiful Riduwan (ke-59), Mohd. Aminuddin Mohd.
Samki (ke-72 dan 90), Mohamad Fandi Othman (ke-82) dan Idris Zohran (ke-88).
Saya berpuas hati dengan
kemenangan ini walaupun persembahan tidak menepati jangkaan kerana pemain
sepatutnya tahu bagaimana untuk bertindak tepat pada masanya.
Kami baru melepasi perlawanan
sulung dan kami tidak mahu memikirkan Indonesia, lawan berikutnya yang pasti
bukan mudah untuk dihadapi, kata Aminuddin.
Kata jurulatih Brunei, Kwon
Soon Oh berkata, pemainnya kurang cergas dan berstamina rendah yang cuma mampu
dipertahankan dalam babak pertama.
Kelmarin, Kemboja turut kalah 3-2
kepada Thailand dalam perlawanan pembukaan kumpulan walaupun menguasai
perlawanan dan mendapat sokongan 20,000 penonton sendiri.
Thailand menduduki tempat
ketiga kumpulan dengan mengumpul tiga mata diikuti oleh Kemboja yang meraih
satu manakala Brunei tanpa sebarang mata di tangga kelima
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4vP6Ykn6S
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan