MyMetroArena
Farah Azharie
farahazharie@nstp.com.my
KUALA LUMPUR:
Sejak kempen Piala Suzuki AFF menyingkap tirainya, penjaga gol Farizal Marlias
sentiasa menegaskan betapa dia menaruh kepercayaan tinggi terhadap semua
barisan 23 pemain Harimau Malaya dan terus berpegang kepada kata-katanya itu.
Bintang
berusia 32 tahun itu percaya walaupun dihimpit masalah kecederaan mahupun
penggantungan pemain, namun setiap daripada rakan-sepasukannya mampu beraksi
dengan baik apabila diperlukan.
"Untuk
saya ketiadaan Aidil (Zafuan Abd Radzak) atau Syahmi (Safari) tidak membawa
masalah kerana saya percaya kepada semua rakan sepasukan dan kami juga tidak
kisah siapa yang diturunkan atau tidak," kata Farizal.
Aidil terpaksa
berehat susulan masalah kecederaan manakala Syahmi pula diketepikan gara-gara
dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan ketika skuad negara terikat 2-2
dengan Vietnam dalam aksi final pertama Piala AFF Suzuki, semalam.
Pada masa
sama, Farizal yang juga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak menolak ada
beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pemain negara terutama dari segi
penguasaan bola.
"Kami
mudah hilang bola, tetapi kami juga berjaya merampasnya secepat mungkin sebaik
kehilangannya.
"Ini
adalah kesilapan kecil yang mampu menghukum kami, jadi saya berharap kami
berjaya mengatasinya, membaiki taktikal permainan dan tidak lagi mengulangi
kesilapan sama."
Farizal yang
lebih enam kali menyelamatkan gawang negara daripada percubaan berbahaya
Vietnam semalam, turut tidak menolak peluang Malaysia untuk menjulang gelaran
itu buat kali kedua.
"Tiada
apa yang mustahil kerana kami pernah melakukannya. Kami tewas di laman sendiri
dan kemudiannya kami memenangi di tempat lawan," kata Farizal merujuk
kepada edisi 2014 yang mana Malaysia kecundang 1-2 kepada Vietnam di Stadium
Shah Alam sebelum bangkit menewaskan mereka dalam aksi separuh akhir kedua 4-2.
Lagi berita
Piala AFF
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 8:27 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan