MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
SEPANG:
Kecederaan dua tonggak utama, Mohamadou Sumareh dan Syazwan Andik langsung
tidak menggusarkan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ketika skuad
kendaliannya bakal mengharungi aksi penting berdepan Thailand di separuh akhir
kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala, Bangkok, Rabu ini.
Jelas bekas
pemain kebangsaan itu, beliau kemungkinan terpaksa membuat rombakan kecil
sekiranya dua pemain berkenaan tidak cepat sembuh daripada kecederaan hamstring
dialami ketika menentang lawan sama pada separuh akhir pertama di Stadium
Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Bagaimanapun,
segala kemungkinan itu hanya akan diputuskan selepas meneliti laporan doktor
pasukan sama ada perlu menukarkan Sumareh serta Syazwan dengan beliau bersedia
menyenaraikan penyerang muda Kedah, Akhyar Rashid dan tonggak pertahanan Perak,
Nazirul Naim Che Hashim.
"Untuk
perkembangan pemain saya rasa semua nampak 'OK', cuma Sumareh dan Syazwan masih
lagi mengalami kecederaan.
ADVERTISING
"Saya
harap dalam dua hari ini pemain akan dapat pulih 100 peratus dan saya akan
dapatkan pengesahan daripada Doktor perubatan pasukan tentang tahap kecederaan
mereka sebelum membuat apa-apa perubahan.
"Tapi
yang penting walau siapa pun diturunkan semua pemain kena bersedia dan saya
percaya mereka boleh menggalas tugas untuk menggantikan mana-mana yang
cedera," katanya ketika ditemui beberapa jam sebelum skuad negara bertolak
ke Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari
ini.
Tegasnya,
Akhyar kini berada pada tahap terbaik untuk diturunkan bagi mengucar-kacirkan
pertahanan lawan yang bakal dipimpin ketua pasukan skuad Gajah Perang,
Chalermpong Kerdkaew.
"Kita
tahu Akhyar mempunyai satu potensi yang besar dan boleh memberi sesuatu dan
mengancam pertahanan Thailand. Tapi yang penting, saya mahu semua pemain bersedia
apabila diperlukan," katanya.
Pada aksi
pertama di Bukit Jalil Sabtu lalu, skuad Harimau Malaya yang mendapat sokongan
87,000 penyokong sendiri gagal membawa bekalan ke Bangkok selepas terikat tanpa
jaringan sekali gus calon finalis bagi edisi kali ke-13 itu akan ditentukan di
bumi Thailand.
Satu lagi
separuh akhir menyaksikan bekas juara 2008, Vietnam semakin hampir ke pentas
final selepas berjaya melakar kemenangan 2-1 di tempat lawan dengan menundukkan
Filipina dan akan beraksi di Hanoi Khamis ini.
Final
dijadualkan berlangsung secara timbal balik dengan final pertama pada 11
Disember dan aksi kedua empat hari kemudian. SUMBERArtikel ini disiarkan pada :
Isnin, 3 Disember 2018 @ 7:12 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan