Isnin, 10 Disember 2018

Harimau Malaya boleh...


MyMetroArena
Mohd Rafi Mamat
sukanteam@nstp.com.my
 
KUANTAN: Tidak mustahil skuad Harimau Malaya dapat menewaskan Vietnam sekiranya barisan pemain memberi sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit permainan pada perlawanan akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini ditegaskan bekas pertahanan kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang menganggap pasukan negara bimbingan Tan Cheng Hoe kini berada pada prestasi sebenar untuk bergelar juara.

"Prestasi terbaik pemain dapat dilihat pada setiap setiap perlawanan saingan Piala AFF hingga mampu menjinakkan musuh tradisi Thailand yang diramal mengulangi pencapaian cemerlang selaku juara musim lalu.

"Pada perlawanan dengan Vietnam esok saya berharap pemain tidak terlalu banyak melakukan kesilapan terutama benteng pertahanan dan jentera serangan perlu merebut setiap peluang yang terhidang," katanya, di sini, hari ini.

Beliau menambah, rekod tewas 0-2 pada pertemuan peringkat kumpulan sebelum ini tidak seharusnya dijadikan ukuran hingga menjejaskan semangat serta kesungguhan pemain.

Jamal Nasir berkata, pada perlawanan akhir pertama esok, skuad Harimau Malaya perlu berusaha keras mencatat kemenangan sekurang-kurangnya dua gol sebagai bekalan menghadapi perlawanan akhir kedua di tempat lawan.

Katanya, kesungguhan 200 peratus perlu dipamerkan setiap pemain bermula minit pertama hingga minit terakhir dan fokus kepada aksi sepanjang perlawanan yang dianggap perjuangan untuk negara.

Lagi berita Piala AFF
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 5:22 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan