Khamis, 20 Disember 2018

Skuad kita baiki ranking FIFA lonjak ke tangga 146 dunia


ARKIB : 27/05/2010
KUALA LUMPUR - Malaysia memperbaiki kedudukan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila berada di tempat ke-146 iaitu meningkat satu anak tangga berbanding sebelum ini.

Namun, Malaysia masih berada di belakang negara jiran, Thailand yang menduduki tangga ke-106, Vietnam di tangga ke-117, Singapura di tempat ke-127 dan Indonesia ke-137.

Sementara itu, pasukan yang berada di kedudukan pertama hingga kelapan masih negara yang sama apabila Brazil mengungguli senarai ranking bola sepak dunia dengan pungutan 1,611 mata.

Juara Eropah, Sepanyol menghuni tangga kedua manakala Portugal berada di tempat ketiga.

Tempat keempat milik Belanda manakala juara dunia, Itali dan Jerman, masing-masing berada di tempat kelima serta keenam.

Pasukan yang berada di tangga ketujuh dan kelapan ialah Argentina dan England manakala Perancis naik satu anak tangga apabila menghuni tempat kesembilan manakala Croatia bertukar tempat dengan Les Blues di tangga ke-10 dunia.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5aE22jdup
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan