PEMAIN
Malaysia meraikan kejayaan selepas mara ke perlawanan akhir bersama jurulatih,
Tan Cheng Hoe di Bangkok, kelmarin. - AFP
Rozaidi
Zulkifli
07 Disember
2018 3:00 AM
SEPANG 6 Dis.
- Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak lagi mahu menoleh ke belakang,
sebaliknya memasang tekad memastikan Piala AFF 2018 menjadi milik Malaysia.
Tambahnya,
peluang beraksi di pentas final bukan sesuatu yang mudah, pasukannya perlu
menempuh laluan sukar, malah pemilihan pemain sebelum ini turut dipertikaikan
segelintir pihak.
Bekas
jurulatih Kedah itu, mengakui motivasi dan keyakinan pemain kini berada di
tahap terbaik dan bersedia berdepan Vietnam di pentas final nanti.
“Saya tiada
rahsia atau ramuan istimewa. Paling penting pemain yang saya pilih merupakan
individu yang betul-betul nak main untuk negara, selain kekuatan dan kebolehan
mereka.
“Setiap
perlawanan pemain mempamerkan peningkatan. Dalam pasukan juga cukup harmoni,
semua menunjukkan disiplin tinggi dan sikap tidak pernah putus asa.
“Ya peluang
ini (beraksi di pentas final) tidak boleh dilepaskan. Sesiapa yang layak
mempunyai impian bergelar juara, siapapun lawan, kami bersedia berdepan dan
saya lihat motivasi serta momemtum pemain berada di tahap terbaik apatah lagi
selepas mengetepikan juara bertahan, Thailand,” katanya kepada Utusan Malaysia
di sini hari ini.
Harimau Malaya
melangkah ke final Piala AFF 2018 selepas berjaya mengejutkan juara lima kali,
Thailand di Stadium Rajamangala dengan keputusan 2-2 dalam separuh akhir kedua
yang sekali gus menyaksikan Malaysia mara menerusi peraturan jaringan tempat
lawan. Dalam timbal balik pertama, kedua-dua pasukan diikat tanpa jaringan.
Sementara itu,
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui
ini adalah detik terbaik buat pemain menempa satu lagi sejarah dalam bola sepak
negara selepas dikecewakan di pentas akhir, empat tahun lalu.
“Tiada pilihan
lain kecuali membawa pulang Piala AFF ke Malaysia!. Syukur kerana kita berjaya
melangkah ke final, namun, perlawanan akhir nanti adalah fasa yang jauh berbeza
dan mereka perlu terus kekal fokus untuk aksi tersebut.
“Kita memasuki
pertandingan ini dengan matlamat, jadi bagi saya, tidak ada harumnya kalau gagal
menjadi juara edisi kali ini. Ini juga peluang terbaik untuk pemain mencipta
satu lagi sejarah,” katanya.
Perlawanan
akhir pertama akan diadalan di Malaysia, 11 Disember ini, sebelum final kedua
di Hanoi pada 15 Disember.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/cheng-hoe-mahu-jadi-juara-1.800691#ixzz5Yy5CBfdz
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan