Ahad, 2 Disember 2018

Akhyar sedia ganti Sumareh


 PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh mendapat kecederaan
PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh mendapat kecederaan hamstring ketika menentang Thailand dalam separuh akhir pertama Piala AFF yang berkesudahan seri 0-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu. - UTUSAN/Fauzi Baharudin
03 Disember 2018 2:30 PM

SEPANG 3 Dis. - Pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid melaungkan amaran bahawa sudah bersedia untuk membantu pasukan mara ke final jika dia diturunkan dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala AFF menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Rabu ini.

Akhyar antara pemain paling sesuai untuk menggantikan Mohamadou Sumareh selepas status pemain naturalisasi itu tidak dapat dipastikan sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya berkata meskipun mengetahui Gajah Perang merupakan lawan yang sukar namun itu tidak menghalangnya daripada membantu pasukan mencari kemenangan.


“Kalau ikutkan memang saya berasa geram (Malaysia seri 0-0 menentang Thailand).

“Saya berharap kalau saya diturunkan untuk menggantikan Sumareh saya akan buat yang terbaik untuk membuktikan kemampuan saya kepada jurulatih walaupun saya tahu kami akan menerima cabaran sengit daripada Thailand,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Sumareh berkemungkinan tidak dapat diturunkan selepas penyerang Pahang itu cedera di bahagian hamstring ketika menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/akhyar-sedia-ganti-sumareh-1.798357#ixzz5YbZy9zt4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan