ARKIB : 28/12/2009
Berita gembira itu disampaikan
oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah melalui
pegawai khas baginda, Kolonel Azhar menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dari
London, semalam.
Menurut baginda, bonus kepada
pemain-pemain akan dibayar hari ini dan pada masa yang sama, baginda turut
mengharapkan lebih banyak kejayaan akan dikecapi skuad negara pada masa
hadapan.
''Tuanku bertitah akan sentiasa
memberi perhatian yang penuh kepada pasukan ini dan moga banyak kejayaan akan
ditempa lagi,'' menurut kenyataan dalam SMS tersebut.
Dalam pesanan itu, Sultan Ahmad
Shah turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada
rakyat Malaysia.
Skuad bola sepak negara baru-baru
ini berjaya menamatkan kemarau juara selama 20 tahun dalam acara bola sepak
Sukan SEA selepas menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi akhir.
Gol jaringan sendiri pasukan
lawan itu telah membuka lembaran baru bola sepak Malaysia yang sebelum ini
melalui zaman kejatuhan selepas kali terakhir memenanginya pada Sukan SEA 1989
di Kuala Lumpur.
Skuad bimbingan jurulatih K.
Rajagobal selepas ini akan menghadapi kelayakan Piala Asia 2011.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5YiGVrxBu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan