MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
KUALA LUMPUR:
Aura 'berapi' Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi ditagih skuad Harimau
Malaya apabila turun melayan kunjungan Vietnam pada aksi final pertama Piala
AFF 2018 bagi membawa kelebihan jaringan sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi
timbal balik Sabtu ini.
Pengendali
skuad negara, Tan Cheng Hoe berkata, sokongan padu penyokong setia amat
diperlukan seperti ketika menang ke atas Myanmar 3-0 (Kumpulan A) dan seri
tanpa jaringan dengan Thailand (separuh akhir pertama) sebelum ini.
"Kita
tahu pasukan Vietnam satu pasukan cukup kuat dan kita kena ambik peluang
sebaik-baiknya apabila beraksi di gelanggang sendiri dengan 80,000 penyokong
tempatan akan berada di stadium nanti.
"Dengan
sokongan padu itu, pemain akan dapat semangat, motivasi dan aura berbeza. Dalam
bola sepak sudah semestinya bila kita dapat gol baru boleh menang, jadi pemain
perlu gunakan peluang di tempat sendiri untuk mencipta jaringan," katanya.
Beliau berkata
demikian ketika ditemui pada sidang media pra-perlawanan final pertama di
Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Semalam
keghairahan penyokong tempatan terserlah apabila ribuan penyokong berasak-asak
untuk mendapatkan tiket dengan semua 80,000 tiket dijual hanya dalam tempoh
setengah jam kaunter di buka pada jam 10 pagi.
Sememangnya
sokongan padu 'pemain ke-12' terbukti berkesan apabila Myanmar dan Thailand
yang diletakkan sebagai pasukan pilihan gagal beraksi dengan baik di Bukit
Jalil.
Jelas Cheng
Hoe lagi, biarpun rekod pasukan sedikit tercalar pada kempen AFF kali ini
selepas tewas 0-2 kepada Vietnam di peringkat kumpulan sebelum ini, beliau
percaya anak buahnya sudah belajar daripada kekalahan itu dan bersedia untuk
mengecewakan skuad kendalian Park Hang-Seo itu.
"Saya
yakin jurulatih Vietnam akan menganalisa dan membuat persediaan menentang kita.
Tapi saya tetap ada keyakinan tinggi terhadap pemain yang mereka mampu memberi
kejutan terbesar kepada Vietnam malam esok," katanya.
Beliau yang
pernah menjulang trofi berkenaan pada 2010 sebagai penolong jurulatih, Datuk K
Rajagobal turut mengesahkan bakal melakukan rombakan kecil di bahagian
pertahanan selepas dua tonggak iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syazwan Andik
masih belum pulih sepenuhnya.
"Aidil
dan Syazwan masih belum berlatih bersama pasukan lagi dan kita akan pantau
mereka hingga esok. Kita perlukan kesebelasan utama namun walau sesiapa
diturunkan nanti diharapkan boleh bagi impak yang sama untuk pasukan,"
jelas bekas pengendali Kedah itu.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 3:23 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan