MyMetroArena
Daripada Aziman Rosdi di Bangkok dan Thailand
aziman@nstp.com.my
PENJAGA gol Thailand Chatchai Budprom menasihatkan kepada pemain Harimau
Malaya supaya tidur lena malam ini.
Ini kerana dia yakin anak buah Tan Cheng Hoe bakal mengalami mimpi ngeri
pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala
malam esok.
“Pada perlawanan pertama, mereka memberi tekanan kepada kami tapi kali ini
pasti berbeza. Kali ini kami akan beraksi di gelanggang sendiri.
“Ini adalah gelanggang Gajah Perang dan saya harap mereka tidur lena malam
ini kerana esok bakal menjadi mimpi buruk buat mereka,” kata Chatchai dalam
sidang media praperlawanan hari ini.
Pemain berusia 31 tahun itu jelas cukup geram dengan pemain Malaysia yang
memperlekehkan mereka selaku juara bertahan ketika seri 0-0 dalam pertemuan
pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Beraksi di depan lebih 80,000 penyokong Malaysia, skuad Gajah Perang itu
tenggelam dengan asakan pasukan tuan rumah namun bernasib baik kerana gawang
mereka tidak dibolosi.
Chatchai berharap penyokong Gajah Perang akan melakukan perkara yang sama
dengan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada mereka malam
esok.
“Saya tidak mahu menipu, sudah pasti kami juga tertekan tapi kami akan
berikan aksi terbaik. Kami mahu penyokong Thailand datang memberikan sokongan
kepada kami,” kata penjaga gol Pathum United itu.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Disember 2018 @ 6:20 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan