ARKIB : 18/11/
Jika 24 Oktober lalu menyaksikan
sepakan penalti yang diambilnya dihampakan penjaga gol Terengganu, Sharbinee
Allawee, pemain itu kini terpaksa melupakan pula cabaran skuad negara dalam
Kelayakan Piala Asia 2011 menentang Uzbekistan semula, hari ini.
Gara-gara menerima kad kuning
kedua lalu dibuang padang pada minit ke-85 perlawanan di Stadium JAR, Tashkent
Sabtu lalu, Nasriq turut digantung satu perlawanan sekali gus memaksa barisan
benteng Malaysia dirombak semula oleh jurulatih K. Rajagobal.
Tanpanya dalam aksi kelayakan
Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil ini bererti, peluang membarisi
kesebelasan utama terbentang buat pemain Harimau Muda, Mahalli Jasuli mahupun
Pemain Harapan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2009, Mohamad Muslim
Ahmad.
Malah, Rajagobal yang menyedari
susuk tubuh fizikal pemain Uzbekistan bakal berharapkan Syed Adney Syed Hussein
tampil sekali lagi di Bukit Jalil setelah penjaga gol lampai kelahiran
Liverpool, England itu masuk menggantikan Mohd. Farizal Marlias pada minit
ke-80.
Skuad negara pulang lewat ke
tanah air bersama-sama Uzbekistan yang menewaskan mereka 3-1 memandangkan
penerbangan pulang dari negara Asia Tengah hanya mampu diperoleh kelmarin dan
latihan terpaksa terus dilakukan semalam.
Biarpun kalah dalam perlawanan
disaksikan 5,000 penonton dengan cuaca dingin dengan suhu 7 darjah celsius,
anak buah Rajagobal tetap boleh dianggap mencatat satu rekod kecil jika
dibandingkan tiga pertemuan lalu Malaysia dengan Uzbekistan sejak 1994.
Gol Zaquan Adha Radzak pada minit
ke-68 hasil tandukan daripada sepakan percuma sudah memadai untuk memecahkan
kebuntuan jaringan tanpa balas 5-0, 3-0 dan 5-0 pada Sukan Asia Hiroshima 1994,
persahabatan di Samarkand 1999 dan pusingan akhir Piala Asia 2007 di Bukit
Jalil.
Sementara itu, Rajagobal mengakui
kemasukan penyerang gantian tuan rumah, Alexander Geynrikh sejak minit ke-46,
benar-benar mempengaruhi keputusan kelmarin khususnya dengan dua golnya pada
minit ke-57 dan 65 selepas terikat 0-0 pada babak pertama.
Dia yang dipetik dalam laman web
the-afc.com, berkata: "Saya memang menjangkakan perlawanan yang cukup
getir buat kami tetapi kami sudah bermain cukup baik pada babak pertama dan
saya tetap berbangga dengan pasukan saya.
"Uzbekistan menggandakan
asakan pada babak kedua dan saya sudah ingatkan pemain saya supaya mereka
menumpukan Geynrikh tetapi gagal. Pasukan Malaysia masih muda dan mereka
berdepan dengan lawan yang gagah di tempat lawan," katanya
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5Ycuy96YB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan