MyMetroArena
Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
BURIRAM, Thailand: Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid tekad meledak gol lagi buat Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam ini.
Pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelaskan, keyakinannya kini berada pada tahap terbaik selepas meledak gol pertama bersama skuad senior negara ketika tewas 1-4 pada aksi pertama di stadium sama, Jumaat lalu.
“Bagi saya, jaringan itu sangat bermakna kerana ia gol pertama saya untuk Harimau Malaya dan sudah pasti dapat meningkatkan lagi moral dan semangat saya.
VINGADA (kanan) tengah mengatur strategi dengan penolongnya, Tan Cheng Hoe.
“Malah, saya juga boleh beraksi di mana-mana bahagian termasuk di posisi sayap dan penyerang. Tapi, semuanya terpulang kepada jurulatih untuk membuat keputusan mengikut perancangannya.
“Sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini, saya mahu buktikan sesuatu kepada jurulatih bahawa tindakannya memilih saya adalah keputusan tepat,” kata Safawi.
Safawi meledak gol tungga negara ketika aksi pertama berdepan Korea Utara selepas masuk menggantikan Wan Zack Haikal Wan Nor pada babak kedua.
Skuad kendalian Nelo Vingada wajib menang perlawanan malam ini bagi menghidupkan peluang tipis untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 3:57 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan