SUKAN»Bola
Sabtu, 8
Disember 2018 | 10:34pm
Pemain kita
semakin yakin, dominasi permainan
Oleh Mohd
Fazly Mohd Noor
KOLUM APA KATA
PENYOKONG HARIMAU MALAYA
Akhirnya misi
untuk beraksi di pentas final Piala AFF edisi 2018 tercapai sudah. Harimau
Malaya melangkah gagah ke pentas final dengan penuh bergaya selepas
mengenepikan juara lima kali yang juga sang juara bertahan, Thailand.
Kepuasan tidak
dapat digambarkan terutama di wajah penyokong-penyokong bergelar ‘Ekor Harimau
Malaya’ yang sanggup berkorban wang dan masa untuk ke Bangkok menyokong wira
negara beraksi terutamanya selepas menyaksikan sejarah tercipta dengan kejayaan
mengenepikan Thailand, - pasukan mengecewakan Malaysia dua kali di pentas final
pada 1996 dan 2014.
Skuad Harimau
Malaya kali ini sangat mantap dengan adunan pemain berpengalaman dan pemain
muda yang berpotensi. Mohd Aidil Zafuan memimpin pasukan di benteng tengah
manakala kembarnya, Mohd Zaquan Adha mengetuai bahagian serangan sambil dibantu
wira 2010, Mat Yo.
Tetapi dari
ramai pemain muda, saya merasakan Syamer Kutty Abba adalah pemain paling
cemerlang untuk pasukan. Kelibatnya di bahagian tengah seperti Patrick Vieira,
bukan sahaja untuk melindungi benteng pertahanan tetapi juga bertindak membantu
bahagian serangan.
Gol penyamaan
Mat Yo yang membawa Malaysia ke pentas final adalah hasil umpanan beliau.
Namun begitu,
masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki oleh jurulatih,
Tan Cheng Hoe dan pembantu-pembantu beliau menjelang final, Selasa ini.
Benteng
pertahanan kita tampak masih sukar mengatasi `set-piece’ dari pihak lawan
terutamanya dalam perebutan bola tinggi dalam kotak penalti. Ketiadaan Syahmi
Safari di pentas final ini pasti dirasai terutama tenaga beliau yang tidak
mengenal penat naik dan turun membantu serangan dan bertahan.
Bahagian
tengah juga terutamanya Akram Mahinan perlu lebih fokus dan kental terutamanya
dalam membaca dan meneutralkan gerakan serangan lawan. Selain itu,
pemain-pemain sayap seperti Mohammadou Sumareh dan Safawi Rasid juga perlu
lebih tepat dalam melintangkan bola ke dalam kotak penalti lawan selain perlu
lebih klinikal dan yakin dengan penyudahan mereka.
Akhir kalam,
saya optimis dengan peluang skuad Harimau Malaya untuk menjulang kejuaraan
kedua Piala AFF. Corak permainan Malaysia juga sudah jauh berubah dengan
pemain-pemain lebih yakin mengawal permainan dengan penguasaan bola yang sangat
bagus.
Taktikal yang
diterapkan oleh Tan Cheng Hoe ini sama ada 4-2-3-1 mahupun 4-3-2-1 tidak
mengubah permainan pasukan kerana teras permainan pasukan ini adalah
berpaksikan penguasaan bola.
Kita berjaya
dominasi lebih 60 peratus penguasaan bola ketika menentang Vietnam di Hanoi dan
hanya kealpaan barisan pertahanan memberikan mereka gol. Ayuh
penyokong-penyokong Harimau Malaya, zahirkan sokongan anda dengan sama-sama
turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyokong pasukan kebangsaan kita.
“Satukan
Jiwamu, Selamanya Harimau Malaya, Selagi Kita Bernyawa, Oh Malaysia, Kau
Kebanggaanku!”
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Sabtu, 8 Disember 2018 | 10:34pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan