ARKIB : 15/12/2009
Baddrol Bakhtiar (dua dari kiri)
meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan (dari kiri) Mohd. Sabre Mat
Abu, Safiq Rahim dan K. Gurusamy Govanda ketika menentang Laos dalam perlawanan
separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA di Stadium Utama Kompleks Sukan
Nasional Laos dekat Vientiane, semalam. AP
VIENTIANE Skuad bola sepak
kebangsaan menempa sejarah apabila mara ke perlawanan akhir selepas mencatat
kemenangan bergaya 3-1 ke atas pasukan tuan rumah pada aksi separuh akhir Sukan
SEA XXV, semalam.
Kemenangan itu mengulangi
pencapaian pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur ketika Malaysia kali terakhir
mara ke final acara bola sepak Sukan SEA.
Malaysia akan menentang Vietnam
Khamis ini pada pukul 6 petang waktu Malaysia.
Vietnam layak ke perlawanan akhir
selepas membenam Singapura 4-1 pada satu lagi perlawanan separuh akhir semalam.
Pada perlawanan semalam, jaringan
menarik Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 memastikan penguasaan Malaysia pada
separuh pertama.
Namun, pasukan tuan rumah bangkit
di babak kedua dan akhirnya memperoleh jaringan penyamaan hasil rembatan jauh
Kanyala Sysomvang pada minit ke-72.
Apa pun, Baddrol pantas meletakan
Malaysia sekali lagi mendahului 2-1 menerusi jaringannya pada minit ke-78.
Safiq Rahim menamatkan sisa-sisa
peluang Laos yang beraksi di depan lebih 20,000 penyokong di Stadium Utama
Kompleks Sukan Nasional Laos, dengan gol ketiga pada minit ke-84.
Mengulas kemenangan tersebut,
jurulatih K. Rajagobal berkata, Malaysia berhak ke perlawanan setelah para
pemain memberikan permainan penuh bertenaga.
Katanya, para pemain mempamer
kesungguhan di sepanjang perlawanan dan berjaya memperbaiki permainan longgar
untuk memastikan kemaraan ke perlawanan akhir.
Kami menguasai perlawanan
sehingga mendapat gol pertama. Namun pada babak kedua para pemain hilang
tumpuan dan rentak perlawanan seketika sehingga membenarkan jaringan penyamaan
pasukan tuan rumah.
Namun, para pemain kembali
mendapatkan tempo permainan tidak lama selepas itu dan akhirnya berjaya
menjaringkan dua gol.
Kemenangan ini amat bermakna
kerana ia dicatat ketika saya berdepan masalah ketiadaan beberapa pemain
tonggak yang digantung di bahagian depan.
Mungkin kerana kekurangan
pilihan pemain di bahagian depan mendorong pemain di jentera serangan ini
beraksi bermati-matian, katanya. Utusan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5YhABsHks
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan