Katanya, dia menaruh sepenuh
keyakinan terhadap keupayaan pemain sedia ada dan tidak berhasrat memanggil
pemain baru untuk memperkuatkan skuad bimbingannya itu.
"Saya percaya dengan
keupayaan pemain sedia ada. Malah saya merasakan tidak perlu untuk memanggil
pemain baru untuk melengkapkan pasukan ini bagi menghadapi perlawanan tersebut.
"Apa yang ingin saya lihat
pada pertemuan tersebut adalah peningkatan dalam pasukan ini. Menang atau kalah
bukan perkara utama, tetapi kesungguhan mereka mempamerkan permainan
terbaik," katanya di sini, semalam.
Diminta mengulas mengenai ranking
lebih baik yang dimiliki oleh UAE berbanding Malaysia, Rajagobal menegaskan,
dia tidak pernah gentar dengan perkara tersebut, sebaliknya ia sekadar satu
angka untuk menentukan kedudukan.
Jelasnya, ranking tidak memberi
sebarang makna kerana ada pasukan berada di kedudukan lebih baik, kalah kepada
pasukan yang menduduki ranking lebih rendah.
"Saya tidak pernah takut
untuk bertemu pasukan yang mempunyai ranking lebih baik. Ia bukan perkara penting.
"Apa yang saya mahu, pemain
melakukan persembahan terbaik dan menunjukkan peningkatan. Itu yang lebih
mustahak.
"Namun begitu, kita semua
harus menerima hakikat tentang apa sahaja keputusan yang bakal dicapai pada
perlawanan tersebut.
"Jika menang, ia satu
keputusan baik untuk Malaysia, tetapi jika tumpas, ia sebenarnya akan banyak
mengajar kita tentang kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke
semasa," katanya.
Tambahnya, dia tidak berasa
tertekan menjelang perlawanan tersebut, meskipun telah berjaya melakar kejayaan
pada Sukan SEA Laos, baru-baru ini.
Katanya, dia hanya mahu orang
ramai memberi ruang kepada skuad bimbingannya itu untuk terus maju, selain
turut berharap agar skuad tersebut tidak dibebani dengan tekanan tinggi.
Dalam pada itu, ketua pasukan
Norhafiz Zamani Misbah berkata, dia berasa bangga kerana dipanggil untuk
memperkukuhkan pasukan yang digelar skuad emas.
Katanya, dia akan berusaha
memberi persembahan terbaik dan pada masa yang sama mahu mencurahkan pengalaman
yang dimiliki kepada skuad tersebut.
"Menjadi satu kebanggaan
apabila mewakili skuad ini. Pertemuan menentang UAE pastinya satu cabaran
kepada kami sepasukan dan saya sendiri mahu mempamerkan aksi terbaik pada
perlawanan tersebut," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas
mengenai saranan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahu
pemain skuad Bawah 23 tidak beraksi bersama pasukan negeri atau kelab, Norhafiz
berkata, ia satu cadangan yang bagus bagi meningkatkan mutu permainan bola
sepak negara.
Katanya, pendedahan di luar
negara sesuatu yang menarik untuk dilaksanakan kerana ia memberi pendedahan
kepada skuad tersebut.
"Beraksi bersama pasukan
atau kelab terbaik Asia seperti di Jepun atau Korea mungkin boleh memberi
pendedahan terbaik kepada pemain," katanya.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5YipSVZk0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan