Isnin, 3 Disember 2018

Menteri mahu bola sepak raih emas


ARKIB : 13/12/2009
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mahu skuad bola sepak bawah 23 negara menamatkan penantian 20 tahun pingat emas pada Sukan SEA XXV, Laos yang sedang berlangsung.

"Saya seboleh-bolehnya mahu lagu Negaraku dimainkan pada temasya dwi tahunan itu khusus untuk acara bola sepak.

"Namun, kita tidak boleh memperkecilkan kemampuan pasukan seperti Laos dan Vietnam kerana mereka mempunyai semangat yang tinggi walaupun skuad kita telah menyingkirkan juara bertahan, Thailand," katanya selepas merasmikan Pertandingan Futsal Sempena Kem Riadah Hadhari Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Ahmad Shabery berkata, untuk saingan Sukan SEA XXV kali ini, pemain-pemain negara mempunyai kelebihan dari segi kecergasan dan taktikal seperti yang disaksikan oleh beliau sendiri, ketika mereka bertemu Kemboja sebelum ini.

"Kegelapan di dalam arena bola sepak negara mungkin akan dapat berakhir dan era baru akan bermula jika kecemerlangan yang ditunjukkan ini berterusan," katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz5YgzOwAvR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan