MyMetroArena
Daripada
Aziman Rosdi di Bangkok dan Thailand
aziman@nstp.com.my
JURULATIH
Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu pemainnya terus fokus dalam memburu gelaran
Piala AFF, selepas misi menyingkirkan juara bertahan Thailand untuk mara ke
pentas akhir berjaya, sebentar tadi.
Malaysia
berada di landasan terbaik memburu gelaran pertama sejak 2010, selepas mara ke
perlawanan akhir buat kali keempat menerusi peraturan gol di tempat lawan, apabila
seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala.
Halangan
terakhir mereka kini sama ada Vietnam atau Filipina yang bakal berentap dalam
satu lagi aksi separuh akhir kedua, esok.
Menurut Cheng
Hoe, kejayaan itu adalah hasil kerja keras anak buahnya yang bermain mengikut
taktikal.
“Selepas seri
1-1 pada babak pertama, kami perlu kekal tenang dalam permainan, mengekalkan
penguasaan bola dan cuba melakukan serangan balas. Kita juga perlu berhati-hati
dengan gerakan ‘set piece’ Thailand.
“Pemain
mengikut taktikal dengan penuh disiplin pada babak kedua dan ini adalah
keputusan yang menakjubkan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Harimau Malaya
yang hanya seri 0-0 pada pertemuan pertama di Bukit Jalil, Sabtu lalu terpaksa
bangkit dua kali untuk mengikat juara lima kali, Thailand.
Skuad Gajah
Perang mendahului pada minit ke-21, hasil jaringan sendiri Irfan Zakaria
sebelum Syahmi Safari menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan padu pada
minit ke-28.
Tuan rumah
kembali di depan apabila bola sepakan percuma pemain gantian, Sumanya Purisay
ditanduk masuk Pensa Hemviboon di minit ke-63, sebelum Norshahrul Idlan Talaha
menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-71.
Cheng Hoe
mengakui tetap tenang walaupun Thailand yang dibimbing Milovan Rajevac mendapat
sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua yang gagal disempurnakan
oleh Adisak Kraisorn.
“Saya masih
tenang dan yakin mungkin penjaga gol Farizal Marlias boleh menyelamatkan
sepakan penalti itu.
“Kami ada
mengkaji video sepakan penalti Adisak dan saya yakin Farizal boleh melakukan
sesuatu,” katanya.
Perlawanan
akhir akan berlangsung pada 11 dan 15 Disember ini.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 5 Disember 2018 @ 10:59 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan