Skuad Harimau
Malaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2018 selepas menyingkirkan
Thailand dengan kelebihan gol tempat lawan
07 Disember
2018 8:23 AM
ADISAK (No.9)
gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung perlawanan sekali gus
mengesahkan kejayaan Harimau Malaya ke slot final Piala AFF Suzuki 2018 selepas
terikat 2-2 dengan Thailand kelmarin.
PERTEMBUNGAN
antara Harimau Malaya dan Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki
berlangsung penuh dramatik menyaksikan skuad negara berjaya menempah tiket ke
pentas final melalui kelebihan gol di tempat lawan selepas perlawanan berakhir
dengan 2-2 kelmarin.
Aksi
kebangkitan yang dipamerkan oleh skuad negara selepas dua kali ketinggalan
serta impian melangkah ke perlawanan akhir hampir dimusnahkan oleh penggempur
utama skuad Gajah Perang, Adisak Kraisorn pada penghujung perlawanan.
Penyerang
Muangthong United itu ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti yang diberikan
pada penghujung perlawanan selepas bola terkena tangan pemain pertahanan
negara, Syahmi Safari di dalam kotak penalti.
Bagaimanapun,
Adisak gagal melunaskan harapan hampir 45,000 penyokong Thailand yang
membanjiri Stadium Rajamangala apabila rembatannya melambung tinggi melepasi
palang sekali gus menyaksikan skuad negara mengesahkan kemaraan apabila
keputusan itu kekal sehingga wisel penamat.
Ketua
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui keputusan tersebut sangat
istimewa buat seluruh pasukan dan peminat Malaysia.
“Keputusan
malam ini pastinya akan diingati sampai bila-bila kerana ia berlangsung dengan
penuh dramatik.
“Saya lihat
pemain menunjukkan disiplin taktikal yang sangat baik dan ia adalah keputusan
yang sangat menakjubkan,” katanya.
Lebih manis,
keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya menamatkan badi kekalahan di bumi
Thailand ketika berdepan skuad Gajah Perang dalam enam pertemuan sejak 22 tahun
yang lalu pada kempen yang sama.
Selain itu,
dua jaringan skuad negara menerusi Syahmi dan Norshahrul Idlan Talaha juga
menamatkan penantian selama 18 tahun selepas kali terakhir Malaysia meledak gol
di negara tersebut pada tahun 2000 ketika tewas 2-3 pada saingan Kelayakan
Piala Asia.
SUMBER-KOSMO ONLINE 07 Disember 2018 8:23 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan