ARKIB : 17/10/2009
KUALA LUMPUR - Kedudukan pasukan
bola sepak kebangsaan dalam ranking dunia naik lagi dari tangga ke-152 bulan
lalu ke tangga ke-150 dalam edisi terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA), semalam.
Peningkatan dua anak tangga itu
diraih hasil keputusan memberangsangkan dalam dua perlawanan persahabatan
antarabangsa, menang 6-0 ke atas Lesotho pada 11 September lalu dan mengikat
Jordan tanpa jaringan di Stadium King Abdullah II dekat Amman, seminggu sebelum
itu.
Ia merupakan peningkatan
berterusan dalam ranking FIFA sejak K. Rajagobal mengambil alih terajui skuad
bola sepak kebangsaan dari B. Sathianathan.
Pada Ogos lalu, ranking skuad
kebangsaan naik lima anak tangga dari kedudukan 157 ke kedudukan ke-152 dan
kedudukan itu kekal pada bulan lalu.
Ranking terendah FIFA pasukan
negara ialah pada kedudukan 170 pada April 2008.
Namun, kedudukan terbaru semalam
masih jauh ketinggalan berbanding negara pesaing di Asia Tenggara yang turut
mencatat peningkatan dengan Thailand di tangga 110, Singapura tempat ke-119,
Indonesia tangga ke-129, Vietnam tangga ke-134 dan Myanmar tempat ke-140.
Sementara itu, ranking terbaru
FIFA semalam menyaksikan Brazil kekal sebagai pasukan No. 1 dunia.
Namun, juara Eropah, Sepanyol
semakin merapatkan kedudukan dan kekal di tangga kedua, diikuti Belanda.
Juara dunia, Itali berjaya
merungkai daripada berkongsi tangga keempat dengan Jerman bulan lalu untuk
menyingkirkan Jerman di tangga kelima.
Kemenangan Argentina ke atas Peru
dan Uruguay pada siri kelayakan Piala Dunia, membantu pasukan itu naik dua anak
tangga pada kedudukan keenam, di depan England.
Croatia naik satu anak tangga ke
tempat kelapan walaupun sudah tersingkir dari Piala Dunia apabila ketinggalan
di belakang England dan Ukraine dalam kumpulan kelayakan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5YanBpAuJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan