MyMetroArena
Farah Azharie
farahazharie@nstp.com.my
KUALA LUMPUR:
Penyerang Harimau Malaya, Shahrel Fikri Fauzi sudah bermain dalam empat
daripada enam perlawanan Piala AFF 2018 setakat ini tetapi akaun golnya dalam
kempen berkenaan masih kosong.
Justeru,
pemain yang pernah beraksi bersama kelab Thailand Nakhon Ratchasima itu
berharap kemarau jaringannya akan berakhir ketika Malaysia bertemu Vietnam pada
aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
“Jika
diberikan peluang untuk bermain di final, sudah tentu saya akan memberikan yang
terbaik tetapi saya juga masih memburu gol pertama saya di pentas Piala AFF,”
katanya.
Satu lagi
alasan mengapa Shahrel terdesak memburu gol adalah selepas meninggalkan Nakhon
Ratchasima sejurus musim 2018 berakhir, dua lagi kelab di negara berkenaan
sedang memantau perkembangannya sepanjang kempen Piala AFF.
Selain
berusaha memikat pencari bakat, pemain berusia 24 tahun itu yang mahu
membanggakan keluarganya turut menyifatkan Harimau Malaya perlu berwaspada
dengan kelibat penyerang Vietnam, Nguyen Ahn Duc yang sudah meledak tiga gol
dalam kempen Piala AFF kali ini.
Selain pemain
berusia 33 tahun itu, Shahrel juga mengakui Malaysia perlu mengekang gerakan
seorang lagi penyerang skuad kendalian Park Hang-seo itu iaitu Nguyen Quang
Hai.
“Vietnam
berbahaya apabila mereka melakukan serangan diketuai oleh pemakai jersi nombor
19, Nguyen Quang Hai,” kata Shahrel.
Selepas aksi
pertama di Bukit Jalil, skuad negara akan bertandang ke Hanoi bagi aksi timbal
balik kedua di Stadium Nasional My Dihn pada 15 Disember ini.
tamat
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Selasa, 11 Disember 2018 @ 12:33 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan