ARKIB : 10/12/2009
VIENTIANE Jika kita mahu
mengatasi musuh ketat, Thailand, inilah masanya.
Itu kata jurulatih skuad bola
sepak kebangsaan, K. Rajagobal menjelang perlawanan terakhir Kumpulan A acara
bola sepak yang akan menentukan hidup mati kita ke separuh akhir.
Keyakinan tinggi itu dilaungkan
selepas menyaksikan kesungguhan para pemain membenam Kemboja, kelmarin.
Walaupun menang 4-0 ke atas skuad
yang dilabel pasukan belasahan, ada keistimewaan yang diserlahkan oleh pemain
pada perlawanan tersebut.
Semangat tidak kenal erti kecewa,
sentiasa bergerak dalam satu pasukan serta kekuatan fizikal pemain amat ketara
pada perlawanan tersebut.
Inilah bekalan yang akan kita
bawa apabila menentang Thailand nanti.
Perlawanan dengan Kemboja
membuktikan para pemain sentiasa memperbaiki permainan mereka di sepanjang
perlawanan.
Ketika menentang Kemboja, kita
bergelut di babak pertama, sukar menembusi pertahanan mereka.
Dalam masa yang sama, pertahanan
kita juga terpaksa bekerja keras menyekat asakan Kemboja.
Memasuki babak kedua, para
pemain mula berubah, mendengar arahan, inilah yang membanggakan saya.
Jika para pemain kita mahu ke
separuh akhir, inilah masanya untuk mereka menundukkan Thailand, katanya di
sini, semalam.
Malaysia menduduki tangga ketiga
dengan enam mata dalam Kumpulan A acara bola sepak.
Juara bertahan Thailand di tangga
teratas dengan tujuh mata mengatasi Vietnam di tangga kedua berdasarkan
perbezaan jaringan.
Perlawanan Malaysia-Thailand akan
berlangsung di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos pada pukul 4 petang
waktu Malaysia.
Begitupun Rajagobal mengakui
skuad bawah 23 Thailand, yang dibimbing oleh bekas jurulatih Perak, Steve
Darby, masih merupakan pasukan yang baik.
Katanya, kelebihan Thailand
adalah dari segi taktikal tetapi mereka kurang dari segi fizikal.
Walaupun Thailand kemas dari
segi taktikal permainan, kita tidak gentar. Kita juga ada kelebihan.
Untuk mencapai sasaran ke
separuh akhir, saya mahu pemain melupakan kekalahan 1-3 kepada Vietnam.
Inilah peluang terbaik untuk
kita mengatasi Thailand. Kita akan mendapat keputusan yang diharapkan jika kita
bermain secara berpasukan, katanya. Utusan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5Ygesdgvk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan