ARKIB : 01/09/2010
KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak
negara kalah 1-2 dalam aksi persahabatan pertama kepada kelab Qatar, Al-Jaish
di Stadium Universiti Qatar, semalam.
Pasukan lawan mendahului Malaysia
2-0 pada separuh masa pertama, selepas berjaya memperoleh jaringan pada minit
ke-19 dan ke-33.
Penyerang Perlis, Ahmad Fakri
Saarani berjaya merapatkan jurang pada minit ke-46.
Namun, malang menimpa buat Fakri
apabila dia dilayangkan kad merah, dua minit selepas melakukan jaringan.
Bertambah perit, skuad negara
kehilangan khidmat dua tonggak penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dan Zaquan
Adha Radzak yang cedera.
Norshahrul cedera di bahagian
mata pada separuh masa pertama, sementara Zaquan mengalami kecederaan lutut
pada separuh masa kedua.
Al-Jaish adalah kelab yang
beraksi di dalam Divisyen Dua Qatar.
Skuad negara yang dalam persiapan
bagi menghadapi Sukan Asia dan Piala AFF, akan menentang skuad kebangsaan Oman
pada perlawanan persahabatan di Stadium Wakrah pada Jumaat ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5bkFE40gl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan