15 Januari 2019 8:58 PM
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Jurulatih
skuad Bawah 19 (B-19) negara, Bojan Hodak menegaskan dia akan menggunakan
pendekatan pemain yang terbaik sahaja dikekalkan dalam misi menghadapi
kejohanan Piala AFF B-19 dan kelayakan Kejuaraan AFC B-19 2020 yang akan berlangsung
pada Julai dan September ini.
Skuad B-19 negara memulakan
latihan pertama mereka hari ini dan seramai 28 pemain telah dipanggil
bagaimanapun Hodak berkata berdasarkan senarai penuh seramai 56 pemain telah
didaftarkan jadi dia perlu memilih yang berkualiti sahaja untuk dikekalkan.
“Pemain yang saya panggil kali
ini merupakan generasi baharu kerana hanya empat atau lima pemain sahaja dari
skuad tahun lalu. Saya perlu mencari pemain yang bagus kerana rata-rata yang
dipanggil jarang beraksi dalam Piala Belia.
“Ini merupakan minggu pertama,
minggu depan saya akan menukar dengan pemain lain kerana kami mendaftarkan 56
pemain jadi saya perlu memastikan pemain yang bagus untuk dikekalkan dalam
program ini.
“Pemain yang dipanggil perlu
memberikan aksi terbaik sebab saya tidak kira usia mereka. Pemain mana yang
bagus dia akan diserapkan walaupun usia masih muda. Jika mereka muda tetapi
tidak kuat secara fizikal mereka perlu menggunakan teknik yang betul selain
menggunakan kepantasan yang ada untuk terus kekal dalam pasukan,” katanya
kepada pemberita di Wisma FAM hari ini. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/siapa-terbaik-dia-akan-kekal-hodak-1.823060#ixzz5covyIyGf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan