ARKIB :
25/01/2011
KUALA LUMPUR -
Skuad bawah 21 negara, Harimau Muda A menebus kehampaan di Bangkok, Khamis lalu
dengan menundukkan skuad Olimpik Singapura 2-0 dalam perlawanan bola sepak
persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.
Jaringan Irfan
Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-23 dan 45 sudah cukup
memastikan anak buah Ong Kim Swee itu pulang dengan kemenangan manis setelah
kecundang 2-1 kepada skuad Olimpik Thailand.
Sentuhan tepat
konsisten Syahrul Azwari membayangkan barisan depan skuad belia negara ini
tidak ketandusan penjaring gol biarpun dengan ketiadaan pemain senior, Izzaq
Faris Ramlan setelah dia turut menjaringkan gol penyamaan ke atas Thailand.
Siri
persahabatan ini merupakan sebahagian persediaan mereka menghadapi Liga Super
yang bermula Sabtu ini selain menjelang pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2011
menentang Pakistan, bulan depan dan Mac ini.
Mereka juga
bakal menjadi sandaran Malaysia dalam mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA
2011 di Palembang dan Jakarta, November ini
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5dR1d9Q4T
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan