ARKIB :
11/03/2011
Oleh MUHAMMAD
DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR -
Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Olimpik, namun jurulatih skuad
Olimpik negara, Ong Kim Swee terkilan kerana ketajaman jentera serangan
pasukannya tidak benar-benar teruji akibat permukaan padang yang teruk ketika
menentang Pakistan di Lahore, kelmarin.
Menurut Kim
Swee, permukaan padang venue perlawanan di Stadium Punjab di Lahore, amat tidak
berkualiti sehingga menjejaskan taktikal yang dirancang.
Akibatnya
skuad negara gagal menambah jaringan apabila seri tanpa jaringan dalam
perlawanan tersebut.
Malaysia layak
ke pusingan kedua dengan agregat 2-0 hasil kemenangan dalam perlawanan pertama
di Shah Alam.
"Amat
payah untuk kami mencari rentak dalam keadaan padang yang teruk, kami sukar
bermain seperti biasa, apatah lagi untuk menjaringkan gol.
"Taktikal
yang dirancang langsung tidak menjadi, ini ditambah pula dengan aksi agresif
Pakistan yang memburu gol awal.
"Pasukan
lawan cuba memerangkap kami dengan hantaran bola tinggi.
"Walaupun
gagal menambah gol, saya tetap berpuas hati dengan kejayaan layak ke pusingan
kedua,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Pada pusingan
kedua nanti, Malaysia akan berdepan salah satu daripada 13 pasukan pilihan
seperti Jepun, Korea Selatan, Australia, Iran, Korea Utara, China, Arab Saudi,
Syria, Bahrain, Uzbekistan, Iraq, Lebanon dan Vietnam yang mendapat bye pada
pusingan pertama.
Undian akan
berlangsung di Rumah AFC, Bukit Jalil pada 30 Mac ini dengan perlawanan
pusingan kedua secara timbal balik pada 19 Jun dan 23 Jun.
Mengenai
saingan pusingan kedua, Kim Swee meminta peminat supaya bersikap realistik
mengenai peluang skuad negara untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Kejayaan
kita mara ke pusingan kedua memang menggembirakan dan menambahkan keyakinan di
kalangan para pemain.
"Namun
saya meminta para peminat supaya rasional terhadap apa juga peluang kita pada
pusingan kedua nanti kerana kita akan berdepan pasukan terkuat Asia seperti
Australia, Jepun atau Korea Selatan,
''Saya hanya
mampu menjanjikan persembahan terbaik apabila berdepan pasukan terkuat Asia
pada pusingan kedua nanti,'' katanya.
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5dtcLKXeR
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan