ARKIB : 09/12/2010
Semalam, skuad kendalian K.
Rajagobal sudah kembali pulang ke tanah air selepas misi melayakkan diri ke
separuh akhir yang sebelum ini dilihat mustahil berjaya diatasi hasil
kemenangan besar ke atas Laos 5-1 dan di samping bantuan Indonesia mengalahkan
Thailand 2-1.
Tanpa mahu memikirkan siapa lawan
di peringkat seterusnya, Rajagobal berkata, beliau tidak gentar berdepan dengan
mana-mana pasukan sama ada Vietnam (pada separuh akhir), Singapura atau
Filipina kerana yakin terhadap kemampuan pemainnya.
''Bagi kita masuk separuh akhir
ini pun telah dianggap satu kejayaan kerana kami sebelum ini tidak meletakkan
sebarang sasaran.
''Saya langsung tidak memikirkan
siapa kami akan jumpa kerana bagi saya semua pasukan adalah sama dan kami harus
yakin dengan kekuatan sendiri,'' katanya ketika dihubungi sejurus sebelum
berlepas pulang ke Kuala Lumpur, semalam.
Bertambah menggembirakan hati
Raja, dia berkata, kebanyakan pemain muda terutamanya di bahagian pertahanan
semakin mempamerkan kematangan yang tinggi.
''Anda sendiri boleh lihat
pertahanan negara kita rata-rata terdiri daripada pemain muda dan tidak boleh
dibandingkan dengan negara lain malah skuad ini hanya membariskan dua sahaja
pemain senior iaitu Mohd. Amri Yahyah dan Safee Sali ekoran krisis kecederaan
di kalangan pemain utama.
"Bukan sesuatu yang mudah
bermain tanpa kesebelasan utama dan setiap permainan saya terpaksa merombak
senarai pemain, hanya orang yang tahu bola sepak sahaja yang memahaminya,''
katanya.
Skuad negara akan diberi
pelepasan sehari sebelum melaporkan diri pada 10 Disember sebelah petang dan
mula menjalani latihan pada keesokan harinya.
Mengenai perkembangan kecederaan
betis yang dialami Safee, Rajagobal berkata, dia akan memantau lebih dekat pada
hari pertama latihan nanti.
Rajagobal kelihatan tidak teruja
dengan kelebihan bermain di tempat sendiri pada timbal balik separuh akhir
pertama pada 15 Disember ini.
''Vietnam yang bermain di hadapan
puluhan ribu penyokong pun boleh tumbang di tangan Filipina, jadi saya anggap
itu sebagai satu kelebihan, apa yang penting adalah aksi di atas padang, ''
katanya.
Malaysia akan beraksi di Stadium
Nasional Bukit Jalil pada Rabu depan sebelum terbang ke Vietnam pada 18
Disember ini untuk separuh akhir kedua di samping tiada peraturan gol di tempat
lawan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5d7XIc21u
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan