ARKIB :
09/03/2011
Oleh MUHAMMAD
DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
PENJARING gol
pasukan negara pada perlawanan pertama, Wan Zaharulnizam atau Kecik menjadi
antara pemain pilihan Ong Kim Swee pada aksi kedua kelayakan Olimpik menentang
Pakistan di Lahore, hari ini.
KUALA LUMPUR
Jika prestasi perlawanan pertama di Shah Alam dijadikan penilaian, skuad negara
memiliki segala ramuan yang diperlukan untuk memenangi perlawanan kedua
kelayakan Olimpik menentang Pakistan di Lahore, hari ini.
Kualiti
teknikal yang ada pada pemain dan kepantasan melakukan serangan balas merupakan
dua senjata utama yang boleh memadamkan keazaman tinggi Pakistan yang berhajat
memadam defisit dua gol yang dibawa Malaysia ke Lahore.
Cuma suhu
sejuk di Lahore mungkin merencatkan sedikit gerakan anak-anak buah Ong Kim Swee
serta keadaan permukaan padang di stadium yang masih menjadi tanda tanya.
Namun, masalah
itu pantas dinafikan oleh jurulatih berasal dari Melaka itu.
Pemain saya
boleh membiasakan diri dalam apa jua keadaan cuaca kerana hampir mereka semua
pernah beraksi di Slovakia, yang suhunya jauh lebih sejuk, cuaca sejuk di
Lahore bukan masalah.
Mengenai
permukaan padang, saya masih belum pasti kerana belum berpeluang melakukan
tinjauan kerana jadual latihan agak lewat iaitu pada pukul 8 malam (11 malam
waktu Malaysia), tetapi saya bersedia menerima apa jua kemungkinan.
Selain itu,
walaupun berdepan kawalan keselamatan yang ketat di sini sehingga tidak dibenarkan
keluar secara bersendirian, ia tidak mengganggu tumpuan serta mental para
pemain bagi menghadapi perlawanan esok, katanya ketika dihubungi semalam.
Malaysia yang
mendahului 2-0 secara agregat melalui jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan
Mohd. Irfan Fazail pada perlawanan pertama, kemungkinan akan menyandarkan
harapan kepada Ahmad Fakri Saarani sebagai penyerang tunggal dengan Kim Swee
meletakkan lima pemain di bahagian tengah dengan formasi 4-2-3-1.
Irfan
kemungkinan akan menjadi pembantu penyerang kepada Fakri sambil dibantu Mohd.
Fandi Othman atau Syahrul Azwari dan Wan Zaharulnizam yang lebih dikenali
sebagai Kecik di bahagian sayap manakala K. Gurusamy dan S. Sivanesan mengemudi
bahagian tengah.
Sementara itu,
buat para pemain muda negara, kata-kata semangat Timbalan Presiden FAM, Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah harus dijadikan panduan yang mahukan skuad Olimpik
Malaysia mara ke pusingan kedua.
Kita
sebenarnya bermain dengan baik semasa di sini cuma nasib sahaja yang tidak
menyebelahi kita. Saya yakin kita mampu menang di Pakistan dan mara ke pusingan
seterusnya, ujarnya.
Menteri Belia
dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula berharap para pemain menjaringkan gol
awal bagi menutup ruang kepada lawan untuk bangkit sebagaimana ditunjukkan oleh
pasukan senior pada Piala AFF ketika berdepan Indonesia pada perlawanan akhir
timbal balik kedua di Jakarta.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5dtG9gSLK
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan