ARKIB :
10/01/2011
Oleh TAN MING
WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
K. Rajagobal
(kanan) menandatangani autograf di atas poster skuad bola sepak negara pada
sesi bertemu peminat anjuran Nike di Bandar Utama, Petaling Jaya semalam. -
utusan/ MOHD. NAIM AZIZ
PETALING JAYA
- Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yakin anak-anak buahnya tidak akan lupa
diri, meskipun menerima pelbagai ganjaran selepas menjulang Piala AFF Suzuki,
baru-baru ini.
Rajagobal
memberi jaminan bahawa para pemainnya tidak akan hilang tumpuan dan akan terus
memberikan komitmen seratus peratus.
"Tidak,
tidak... saya tahu mereka tidak akan lupa diri. Ada imbuhan atau tidak, saya
tahu mereka akan terus memberikan seratus peratus komitmen.
"Setiap
pemain sedar apa yang saya kehendaki daripada mereka, langsung tiada ruang
untuk malas, atau mereka akan diketepikan daripada skuad kebangsaan,"
jawab Rajagobal.
Beliau
mengulas mengenai kebimbangan terhadap pemain skuad Harimau Malaya, kerana
dilimpahi pelbagai insentif.
Minggu lalu,
beberapa pemain antaranya penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dianugerahkan
sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan, manakala enam anak jati Terengganu
masing-masing menerima RM5,000 dan satu lot tanah setiap seorang.
Kerajaan Perak
pula memberikan ganjaran wang tunai kepada tiga pemain kelahiran negeri itu
termasuk penyerang Safee Sali, yang menerima RM10,000.
Ia sekali gus
menimbulkan persoalan sekiranya ganjaran tersebut keterlaluan atau di
sebaliknya.
Rajagobal yang
ditanya mengenai kemungkinan dia dianugerahi gelaran Datuk di atas sumbangan
menaikkan semula maruah bola sepak negara berkata, terpulanglah kepada
mana-mana pihak yang merasakan dia layak untuk menerimanya.
"Kalau
tak ada pun tidak apa, saya tetap meneruskan tugas saya seperti biasa.
"Saya pun
tak pasti bila anak saya akan kahwin, kalau dia kahwin jadi datuklah saya
nanti....." katanya.
Sebelum ini,
beberapa pihak termasuk MIC mencadangkan supaya Rajagobal diberikan gelaran
Datuk bagi mengiktiraf jasa dan pencapaiannya.UMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5dL84JeUV
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan