ARKIB :
16/03/2011
KUALA LUMPUR -
Namanya pernah dipanggil tiga kali menyertai latihan skuad kebangsaan sebelum
ini, tetapi tuah masih belum memihak pemain tengah Selangor dan bekas kapten
Kuala Lumpur, Azidan Sarudin untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya.
Kali ini,
tidak sampai tiga bulan beraksi bersama Selangor, pemain yang sebelum ini
terkenal dengan gaya rambut panjang ketika mewakili skuad warga kota, berjaya
menambat hati pengendali skuad kebangsaan, K. Rajagobal dan dipanggil dalam
senarai 24 pemain yang akan menjalani latihan mulai 21 Mac ini.
Namun, jauh di
sudut hati pemain berusia 25 tahun itu, dia berharap panggilan kali keempat
menjalani latihan dan pemilihan skuad kebangsaan akan memberikan tuah
kepadanya.
''Saya pernah
mendapat panggilan daripada Norizan Bakar sebanyak dua kali dan sekali oleh
Rajagobal, tetapi rezeki masih belum berpihak kepada saya.
''Selepas
mendapat tahu nama saya tersenarai semalam, saya begitu gembira dan berazam
mahu mendapat cap sulung bersama Harimau Malaya selepas pernah tiga kali
mencuba, mungkin tuah saya akan menjelma buat kali keempat.
''Saya akan
cuba memikat perhatian Rajagobal biarpun menyedari saingan di barisan tengah
negara agak sengit dengan kehadiran Safiq Rahim, K. Gurusamy, Baddrol Bakhtiar
dan Amar Rohidan yang lebih berpengalaman, " katanya yang dihubungi,
semalam.
Azidan, yang
memulakan karier di Kuala Lumpur sejak berumur 16 tahun, berhijrah ke Selangor
musim ini dan menjaringkan satu gol dalam aksi Liga Super.
Memiliki keupayaan
mendapatkan jaringan melalui rembatan jarak jauh dan pakar dalam situasi
sepakan percuma, Azidan juga mempunyai gaya permainan yang lasak.
Namun, Azidan
mengakui sekiranya dia gagal menambat hati Rajagobal, dia sama sekali tidak
akan berputus asa dan cuba berusaha lebih gigih pada masa akan datang.
''Tiada erti
putus asa dalam hidup saya, sekiranya impian saya untuk bermain bersama negara
masih tidak tercapai, saya akan menjadikan ia sebagai motivasi terbaik untuk
berusaha lebih gigih bersama Selangor selepas ini.
''Insya allah,
saya percaya kepada ketentuan rezeki, jika ada rezeki, adalah... namun kalau
tak dapat, saya tetap boleh terima, apa-apa pun saya mahu melakukan yang
terbaik, " ujarnya.
Semua 24
pemain yang terpilih bakal mendaftarkan diri di Wisma FAM dan akan menjalani
latihan selama seminggu selain menghadapi satu perlawanan persahabatan yang
dirancang pada 26 Mac.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_11.htm#ixzz5du3uVlaN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan