ARKIB :
27/12/2010
Pemain-pemain
skuad kebangsaan meraikan kemenangan mereka menewaskan Indonesia 3-0 pada
perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil,
malam tadi.
KUALA LUMPUR
Bukan kerana pancaran laser tetapi kerana gol pertama, itulah alasan yang
diberikan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl selepas pasukannya tewas 0-3 kepada
Malaysia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium
Nasional Bukit Jalil, semalam.
Jurulatih
berasal dari Austria itu mengakui pemainnya tersentak dengan gol sulung
Malaysia pada minit ke-62 dan segalanya berubah dengan serta-merta sehingga
mereka bolos buat kali kedua dan ketiga dalam tempoh empat minit.
Saya ingin
mengucapkan tahniah kepada Malaysia. Ia sebenarnya adalah perlawanan yang biasa
tetapi akibat gol pertama pasukan lawan semuanya serba tidak menjadi buat kami,
Malaysia bertambah yakin pemain saya pula semakin keliru, katanya dalam sidang
akhbar selepas perlawanan tamat.
Jelasnya, ia
memang saat yang sukar sebaik sahaja pasukan lawan mula menjaringkan gol,
walaupun perlawanan bermula dengan biasa tetapi dalam bola sepak ia boleh
menjadi sukar buat sesetengah pasukan.
Memang
pancaran laser mengganggu pemain kami, tetapi itu sebelum gol Malaysia
dijaringkan, selepas ia dihentikan dan disambung semula kami terus melepaskan
gol, sejak dari itu semuanya menjadi teruk.
Masalah laser
ini sesuatu yang buruk dalam arena bola sepak, tetapi ia menjadi lebih buruk
apabila pasukan anda mula melepaskan gol, saya akui agak sukar untuk kami
bangkit semula di Jakarta, katanya.
Riedl berkata,
peluang pasukan mereka sangat tipis, mereka perlu mengambil risiko untuk
melakukan apa sahaja yang boleh agar dapat mengimbangi semula jaringan ini.
Saya juga
akan duduk berbincang dengan pemain, bertanyakan kepada mereka apa masalah yang
melanda mereka, adakah mereka terkejut dengan jaringan pertama atau ada masalah
lain, ujarnya.
Ditanya sama
ada bermain buat pertama kali di luar Indonesia dalam kejohanan ini menjadi
punca kepada kekalahan mereka, Riedl menjawab itu bukan alasan utama mereka
tewas, sebaliknya semuanya sama sahaja.
Ini adalah
perlawanan seimbang, 50-50, siapa sahaja boleh mencatatkan kemenangan, tetapi
kami akan melakukan apa sahaja walaupun peluang untuk bangkit agak tipis,
katanya.
Riedl juga
sempat meluahkan rasa kekecewaannya kepada media Indonesia kerana terlalu mengganggu
pemainnya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5dF9NrWNu
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan