ARKIB :
02/01/2011
Oleh ZAZALI
JAMIAN
sukan@utusan.com.my
Mohd. Safee
Sali menjadi rebutan tiga kelab Indonesia dan Vietnam.
KUALA LUMPUR -
Kecemerlangan penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali pada Kejohanan Piala Suzuki
AFF 2010 membuatkan pemain itu kini menjadi rebutan sebuah kelab bola sepak
Vietnam dan tiga kelab terkemuka Indonesia.
Perkara itu
diakui sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk
Hamidin Mohd. Amin.
Hamidin
berkata, empat kelab tersebut telah pun menghubungi beliau untuk mengadakan
perbincangan berhubung hasrat mahu mendapatkan pemain tersebut secara kontrak
dari Selangor dengan apa jua nilai sekalipun.
''Saya telah
berbincang dengan Safee sendiri pada semalam (kelmarin) dan reaksi yang
diberikan oleh pemain itu menunjukkan dia seolah terkejut dengan niat
kelab-kelab tersebut.
''Dia juga
telah meletakkan tanggungjawab kepada FAS untuk membuat keputusan yang
sebaiknya,'' kata Hamidin kepada pemberita selepas tamat majlis undian Liga
Malaysia untuk sesi 2011 di Bukit Jalil, semalam.
Hamidi berkata,
pada waktu ini FAS masih menjalankan perbincangan di peringkat awal lagi
sebelum memutuskan sama ada mahu menerima lamaran tersebut.
Malah, beliau
sendiri masih belum lagi mengetahui sama ada Safee benar-benar berminat atau
sebaliknya mahu beraksi bersama kelab tersebut.
''Perbincangan
akan diadakan secara berperingkat melalui Safee sendiri dan kemudian kita akan
bincangkan sehingga ke peringkat tertinggi FAS sebelum membuat keputusan.
''Bagi pihak
FAS kami amat terharu kerana ada kelab terkemuka yang mahu mendapatkan pemain
kami dan sekiranya Safee mahu beraksi di sana biarlah dia pergi ke sana dengan
penuh bersemangat,'' kata Hamidin.
Sementara itu,
menjelang musim baru Liga Malaysia 2011, Hamidin berharap skuad merah kuning
mampu untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super selain berusaha untuk
mendapatkan kejuaraan Piala Malaysia pada musim ini.
''Sasaran kami
musim ini adalah untuk mendapatkan Piala Malaysia melalui pemain yang ada kini
selain daripada bimbingan jurulatih K. Devan.
''Bagi gelaran
juara Liga Super kami akan cuba untuk terus mempertahankan buat kali ketiga
berturut-turut,'' jelas Hamidin.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5dKQQWYjE
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan