Sabtu, 19 Januari 2019

Pertahanan punca kekalahan


ARKIB : 02/12/2010
Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my
JAKARTA - Jurulatih, K. Rajagobal mengakui kecuaian pertahanan menjadi punca utama kepada kekalahan besar skuad negara di tangan Indonesia dalam aksi pertama Piala Suzuki AFF, semalam.

Walaupun menjaringkan gol awal, beliau berkata, peluang untuk memberi tekanan kepada tuan rumah terlepas dengan mudah apabila benteng pertahanan Malaysia begitu rapuh dan membiarkan tuan rumah bangkit untuk terus mengasak kubu Malaysia.

"Saya telah arahkan para pemain dan menjerit kepada mereka supaya tidak membuat hantaran pendek di dalam kawasan sendiri, tetapi para pemain tidak mendengar arahan saya dan mereka tetap bermain sedemikian yang akhirnya membawa padah," katanya.

''Bahagian tengah pula, kata beliau, mudah kehilangan bola kerana diasak pemain lawan dan akhirnya memaksa Malaysia bertahan.

"Dari segi peluang Malaysia juga mempunyai banyak peluang tetapi oleh kerana para pemain lambat melakukan penyudah menyebabkan barisan hadapan gagal menambahkan gol," jelas beliau.

Oleh itu, Rajagobal berkata, beliau akan melakukan post mortem perlawanan malam ini bagi memperbaiki kelemahan sebelum berhadapan dengan Thailand pada perlawanan seterusnya.

''Saya akan melakukan bedah siasat sebelum turun perlawanan kedua kerana peluang kita ke separuh akhir masih terbuka,'' katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5d6tEGfCx
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan