ARKIB : 29/12/2010
K. RAJAGOBAL
(kanan) serius membincangkan sesuatu dengan Pengurus Pasukan Indonesia, Andi
Darussalam pada sidang akhbar di Jakarta, semalam.
JAKARTA -
Jurulatih bola sepak pasukan kebangsaan, K. Rajagobal berharap media Indonesia
menghentikan provokasi yang melampau sehingga boleh menjejaskan keharmonian
semangat kesukanan antara dua negara.
Beliau
menegaskan, tidak ada pihak yang memperoleh manfaat menerusi provokasi yang
dicetuskan.
Dalam
gelanggang sukan, kata beliau, sudah menjadi lumrah ada pihak yang akan menang
dan tewas.
Bahkan
pertemuan pasukan Malaysia dan Indonesia di gelanggang bola sepak selama ini
sering diberi perhatian dan cukup signifikan dalam erti hubungan akrab dua
negara.
Merujuk
kritikan pedas media Indonesia kepada pasukan Harimau Malaya ketika tewas 1-5
kepada Garuda pada peringkat kumpulan di Jakarta 1 Disember lalu, Rajagobal
berkata, beliau bersabar dan tenang menerima keputusan itu.
"Pasukan
Malaysia pernah tewas 5-1 kepada pasukan Indonesia dan kami menerimanya dengan
cukup tenang biarpun kami dikritik teruk oleh media di sini (Indonesia).
"Apabila
Indonesia tewas 3-0 baru-baru ini kenapa pula ia menjadi isu kepada anda
(media) di sini? Saya mahu anda menjawab soalan saya," tegas Rajagobal
ketika ditanya wartawan Indonesia, semalam mengenai isu pancaran laser yang
kononnya menjadi punca kekalahan pasukan negara jiran itu pada perlawanan akhir
pertama di Bukit Jalil, Kuala Lumpur hujung minggu lalu.
Jurulatih yang
cukup tenang biarpun sering diasak dengan soalan pedas berkata, beliau
mengamalkan profesionalisme yang sangat tinggi dalam membimbing anak-anak
buahnya.
Justeru,
Rajagobal mengharapkan penyokong dan media Indonesia mengamalkan prinsip yang
sama.
Berkali-kali
jurulatih berusia 54 tahun itu menjelaskan, baik Malaysia mahupun Indonesia
masing-masing mahu merebut piala kemenangan.
"Seperti
jurulatih Indonesia yang yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya, saya juga
optimis dengan kemampuan pemain-pemain bimbingan saya.
"Sehingga
ke hari ini mereka mempamerkan skill permainan yang cukup baik. Saya juga
berkali-kali mengingatkan pemain-pemain saya agar sentiasa fokus pada permainan
dan jangan diganggu oleh faktor-faktor luaran yang negatif khususnya menjelang
hari perlawanan nanti," kata beliau lagi.
Pada masa
sama, Rajagobal tidak menidakkan kemampuan pasukan lawan yang disifatkannya
cukup cemerlang ketika beraksi di padang Bukit Jalil.
Kata
Rajagobal, pasukan Malaysia sentiasa diingatkan agar tidak memandang rendah
kemampuan anak-anak buah jurulatih Alfred Reidl itu. - Utusan
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5dFSfV18y
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan