ARKIB :
13/01/2011
Oleh ZULKIFLI
JALIL, HASHNAN ABDULLAH, FERZALFIE FAUZI dan NAZMIL NASIRUDDIN
sukan@utusan.com.my
NAJIB Tun
Razak bergambar bersama pemain skuad Harimau Malaya pada majlis ramah mesra
meraikan kejayaan Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 di Seri Perdana,
Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri
Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Subahan Kamal dan K. Rajagobal
. - UTUSAN/Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA -
Kerajaan semalam menganugerahkan insentif RM65,000 kepada setiap pemain dan
jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010
bulan lalu.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, insentif itu berupa unit Amanah
Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang hanya boleh dikeluarkan selepas
tempoh 10 tahun serta imbuhan wang tunai sebanyak RM10,000 daripada kerajaan.
Mereka juga
turut menerima RM5,000 melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada
Majlis Sukan Negara (MSN).
"Kerajaan
juga bersetuju untuk menaja sepenuhnya pemain skuad kebangsaan yang terpilih
menjalani latihan bersama kelab-kelab bola sepak ternama dari luar negara.
"Pada
masa sama, Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan RM500,000 kepada
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan
membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain,"
katanya.
Beliau berucap
pada majlis jamuan makan tengah hari bagi meraikan skuad kebangsaan itu di Seri
Perdana, semalam.
Turut hadir
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Skuad Harimau
Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF buat julung kalinya dengan menumpaskan
pasukan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 di Kuala Lumpur
meskipun kalah 1-2 di Jakarta.
Najib berkata,
kejayaan menjuarai kejohanan tersebut perlu dijadikan sebagai batu loncatan
untuk skuad kebangsaan memburu kejayaan lebih yang tinggi lagi pada masa depan.
"Kita
mengimpikan supaya Malaysia menjadi skuad bola sepak yang terkemuka di
peringkat rantau Asia dan keduanya, layak pula ke Sukan Olimpik 2012 di
London," katanya.
Dalam
ucapannya itu, beliau turut menyatakan rasa bangga dengan semangat juang dan
keazaman tinggi ditunjukkan oleh skuad kebangsaan, walaupun menghadapi tekanan
hebat ketika berkunjung ke Stadium Gelora Bung Karno untuk pusingan kedua final
kejohanan itu.
"Selain
mempunyai kemahiran, tahap kecergasan yang tinggi dan taktikal, kita juga
berbangga dengan daya juang dan semangat serta kekuatan mental yang ada pada
para pemain.
"Cuba
bayangkan tekanan yang dialami pemain apabila tiba di hotel dan kemudiannya diiringi
oleh pasukan polis Indonesia ke stadium dengan menaiki kenderaan perisai yang
dilengkapi submesingun," katanya.
Perdana
Menteri turut menarik perhatian mengenai semangat sukan bola sepak yang tidak
mengenal batas kaum kerana para pemain perlu patuh kepada arahan jurulatih, K.
Rajagobal.
"Bila
kita dapat arahan daripada jurulatih, kita tidak kira dia daripada kaum mana
kerana kita kena ikut cakap dia.
"Kita
perlu bersikap terbuka yang selaras dengan semangat 1Malaysia kerana ia bukan
sekadar kejayaan biasa tetapi boleh mencetus rangsangan kuat kepada rakyat
untuk terus berjuang bersama berdasarkan ikatan 1Malaysia," katanya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5dQnJ56zB
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan