ARKIB : 24/12/2010
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR Nama ketua pasukan
Malaysia, Safiq Rahim mungkin agak sedikit tenggelam berbanding Safee Sali dan
Norshahrul Idlan Talaha, selepas berakhir saingan separuh akhir Piala Suzuki
AFF 2010, apabila sehingga kini dia masih gagal menjaringkan sebarang gol.
Justeru itu, anak jati Kuala
Selangor itu berazam mahu menamatkan kemarau jaringan pada perlawanan akhir di
Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi membantu Malaysia mendapatkan bekalan selesa
sebelum bertandang ke Jakarta.
Agak sedikit kecewa kerana
sehingga kini saya masih gagal menjaringkan sebarang gol, sama ada di
perlawanan peringkat kumpulan atau separuh akhir.
Diharapkan pada perlawanan
akhir nanti, nama saya akan tertera sebagai penjaring gol, malahan memang
impian saya untuk mendapatkan gol pada perlawanan akhir sambil disaksikan
puluhan ribu penyokong setia Malaysia, katanya ketika ditemui selepas
perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Felda United di Wisma FAM,
kelmarin.
Pada perlawanan itu, Malaysia
menang 2-0 hasil jaringan Ashari Samsudin dan Safee Sali pada separuh masa
kedua.
Bagaimanapun, Safiq menjadi kunci
penting di sebalik kejayaan Malaysia membenam Vietnam 2-0 pada saingan separuh
akhir pertama, apabila dua gol yang dijaringkan Safee Sali berpunca daripada
percubaan dan hantaran sepakan percuma yang dilakukannya.
Dia juga cemerlang ketika
Malaysia menang besar 5-1 ke atas Laos, perlawanan yang membuka pintu ke
separuh akhir buat skuad negara.
Safiq juga mahu memperbaiki
kelemahan dalam memberi hantaran yang dirasakannya agak sedikit lemah dalam
beberapa perlawanan sebelum ini.
Memang diakui, hantaran saya
kepada rakan sepasukan ada sedikit kelemahan, saya akan cuba memperbaikinya
dalam dua atau tiga hari semasa sesi latihan, '' jelasnya.
Mengenai reaksi yang ditunjukkan
peminat, dia meluahkan rasa bangga dan terharu dengan sokongan bertambah yang
ditunjukkansejak kebelakangan ini dan diharapkan ia berterusan sehingga pada
masa akan datang.
Teruja melihatkan cara sokongan
yang diberikan oleh penyokong tempatan, masa perlawanan persahabatan malam ini
pun masih ada peminat yang sanggup turun melihat kami bermain walaupun dalam
cuaca hujan.
Sokongan sebegini biarlah
berterusan sampai bila-bila dan harap situasi ini akan kekal, ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5d9gQB6hp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan