ARKIB :
31/03/2011
Oleh MUHAMMAD
DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR -
Seperti diramal, pengendali skuad kebangsaan, K. Rajagobal enggan mahu bersikap
terlalu yakin biarpun undian memperlihatkan Malaysia mempunyai peluang cerah
untuk layak sekurang-kurangnya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014.
Berdepan
dengan dua lawan yang mempunyai ranking lebih rendah dalam perjalanan mara ke
pusingan ketiga, jurulatih berusia 56 tahun itu tetap menganggap ia bukan satu
tugasan yang mudah.
''Saya tahu
apabila melihatkan undian ini, ramai yang fikirkan kita mempunyai peluang untuk
melangkah jauh sehingga ke pusingan ketiga kelayakan.
''Namun, saya
ingatkan kita jangan terlalu ghairah untuk memikirkan pertemuan dengan
Singapura, kita mesti menyelesaikan misi menewaskan Taiwan terlebih
dahulu," katanya yang ditemui media selepas sesi undian kelayakan Piala
Dunia 2014 di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di sini, semalam.
Jelas
Rajagobal, Taiwan yang berada di ranking 147 dunia bukanlah lawan yang boleh
dipandang rendah kerana mempunyai gaya permainan sama seperti China dan Hong
Kong, lawan ditemui Harimau Malaya pada 9 Februari lalu.
''Setakat ini
perlawanan persahabatan dengan Hong Kong yang dijadualkan pada 3 Jun ini di
sana akan menjadi salah satu medan terbaik sebagai persiapan menghadapi
Taiwan," jelasnya
Pada masa
sama, Rajagobal juga memberitahu, dia tidak berdepan masalah untuk menggunakan
khidmat pemain Harimau Muda A yang turut beraksi di kelayakan Olimpik.
''Selepas
perlawanan dengan Hong Kong nanti, saya akan melepaskan pemain Harimau Muda
untuk mengikuti latihan pusat skuad Olimpik yang berdepan Lebanon pada 19
Jun," ujarnya.
Dia juga
menyatakan hasrat untuk mengaturkan perlawanan persahabatan dengan Singapura
tidak kesampaian ekoran keputusan undian yang akan mempertemukan kedua-dua
pasukan di pusingan kedua.
''Sebelum sesi
undian berlangsung, saya ada berjumpa dengan jurulatih Singapura, Radojko
Avramovic dan mahu mengadakan perlawanan persahabatan pada Jun ini.
''Tetapi
apabila keputusan undian yang menunjukkan kita berkemungkinan menentang
Singapura di pusingan kedua maka saya terpaksa membatalkan hasrat
tersebut," katanya.
Rajagobal juga
sempat berpesan buat peminat setia negara agar bersikap realistik dengan
kekuatan skuad kebangsaan jika berharap mahu Malaysia layak ke Piala Dunia 2014
kerana sasaran jangka panjang adalah untuk layak ke Piala Asia 2015.
''Saya anggap
kelayakan Piala Dunia adalah pendedahan terbaik buat semua pemain mendapatkan
pengalaman beraksi dan misi saya adalah mahu pemain melakukan yang terbaik,
" katany SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5dyyfK1cc
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan