Jumaat, 19 Disember 2014

Thailand main wayang

Oleh JALALUDDIN BAHARIN

dan TENGKU ASYRAF TENGKU SALLEHUDDIN
sukan@kosmo.com.my
NAMPAK gayanya, Thailand cuba melancarkan perang psikologi terhadap kem Harimau Malaya menjelang aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Belum lagi sepak mula pada malam ini, skuad yang dikenali sebagai Gajah Perang itu sudah ‘memuji’ pasukan bimbingan Dollah Salleh biarpun Thailand dilihat memiliki kelebihan selepas menewaskan Harimau Malaya 2-0 pada aksi timbal balik pertama di Stadium Rajamangala, Rabu lalu.
Ini kerana Thailand menganggap Harimau Malaya memiliki pengalaman daripada barisan pemain-pemain senior antaranya kapten, Shukor Adan.
Menurut penyerang Thailand, Adisak Kraisorn, dia menyedari skuad negara masih memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri dan mampu mengatasi defisit jaringan milik skuad kendalian Kiatisuk Senamuang.
Jelas bintang BEC Tero Sasana yang berusia 24 tahun itu, dia tanpa berselindung mengakui barisan pemain Harimau Malaya memiliki kualiti tersendiri untuk mengubah nasib mereka sepanjang 90 minit kedua di Bukit Jalil nanti.
“Saya mahu belajar bermain bola dengan pasukan Malaysia (Harimau Malaya). Sebagai contoh, saya mengalami kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan yang diketuai oleh pemain No. 12 (Shukor).
“Dari situ, saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk menembusi pertahanan Malaysia dan saya masih lagi muda serta tidak memiliki banyak pengalaman bermain di pentas antarabangsa,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3MPh3Stc4Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan