Selasa, 16 Disember 2014

Gary akan bermain bersama JDT

MOHD FIRDAUS YON

14 Disember 2014
Gary (kanan) jadi rebutan pasukan Pahang, JDT dan Kedah untuk musim depan
    Gary (kanan) jadi rebutan pasukan Pahang, JDT dan Kedah untuk musim depan            PENGURUS merangkap Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak percaya pemain tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat bakal bersama skuad Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Meskipun pengendali dari Croatia itu tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai penyertaan pemain muda berkenaan untuk bersama JDT, dia mahu Gary bermain untuk pasukannya bagi musim baharu.
“Dari apa yang saya tahu buat masa ini, Gary akan bermain bersama JDT (untuk musim depan),” katanya.
Hodak berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) dengan premis pengedar barangan dan pakaian sukan 100 peratus milik bumiputera, Al-Ikhsan Sports
Sdn Bhd (Al-Ikhsan) di sini, semalam.
Gary sebelum ini, diselubungi kontroversi apabila namanya tersenarai di dalam tiga pasukan iaitu Pahang, JDT dan Kedah untuk musim depan.
Pemain terbabit seperti dilaporkan media, mengakui sedikit terkejut dengan perkembangan itu, tetapi tidak menafikan atau mengesahkan malah hanya memberitahu akan memikirkan penyelesaian terbaik selepas Piala AFF 2014 berakhir.
Selain itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga menyerahkan isu Gary kepada Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Persatuan berkenaan dalam satu kenyataan memberitahu akan menghormati sepenuhnya sebarang keputusan yang dibuat  jawatankuasa berkenaan selepas mendengar penjelasan daripada semua pihak yang terlibat.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 14.12.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan