Khamis, 18 Disember 2014

Piala AFF: Sultan Pahang minta rakyat doa Harimau menang

Rabu, 17 Disember 2014 @ 4:51 PM


 
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah
KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meminta rakyat supaya sama-sama berdoa supaya skuad Harimau Malaya akan menang pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand malam ini.
Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) berkata, baginda akan berada di stadium berkenaan bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama itu.
"Selepas majlis penyampaian bantuan banjir 2013 ini saya akan terbang ke Bangkok bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF antara pasukan kita dengan Thailand.
"Marilah kita berdoa mudah-mudahan pasukan kita (Harimau Malaya) menang pada malam ini, insya-Allah," titah baginda pada Majlis Penyampaian Bantuan Banjir 2013 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan